HomeUtamaPelbagai acara bakal diadakan sempena Hari Sabah

Pelbagai acara bakal diadakan sempena Hari Sabah

Read Time:1 Minute, 28 Second

Kota Kinabalu : Pelbagai acara bakal diadakan sempena Hari Sabah yang akan bermula pengisiannya pada 24 Ogos ini bertempat di Padang Merdeka di sini.

Setiausaha Tetap Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan (MAFFI) Sabah Leonard Stephen Poyong berkata, pengisian program itu adalah bagi menghargai dan memperingati Hari Sabah sehingga malam 31 Ogos.

“Pada 24 Ogos nanti kita akan adakan satu program hiburan kendalian RTM iaitu Konsert Gegar Merdeka Keehoi (GMK) bermula dari jam 8 malam hingga 10 malam yang akan menampilkan pelbagai artis tempatan dan tanah air.

“Selain daripada itu, pada 24 hingga 31 Ogos  turut diadakan adalah Larian Sabah Day bermula dari daerah Kalabakan yang mana para peserta akan merentasi  daerah-daerah sepanjang laluan hingga ke bandaraya Kota Kinabalu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan, Hari Sabah dan Kempen Kibar Bendera Peringkat Negeri 2024 di bangunan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), di sini semalam.

Stephen berkata, selain itu turut diadakan di Padang Merdeka adalah pameran informatif berkenaan dengan liku-liku sejarah kemerdekaan Sabah daripada Jabatan Arkib Negeri Sabah, tamu jualan Rahmah MADANI, reruai Jualan Makanan Rakyat serta Ceramah Perdana Sabah Day daripada para akademik dan pengkaji sejarah.

Katanya, pada malam 31 Ogos orang ramai akan disajikan dengan perarakan kereta berhias selain persembahan deklamasi sajak kemerdekaan dan upacara menaikkan bendera yang turut diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni.

“Namun ada beberapa acara lagi yang masih dalam proses perincian dan kita berharap agar semua masyarakat dapat hadir serta mengambil bahagian pada sambutan ini yang julung kalinya diadakan,” katanya.

Hadir sama Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Seri Sabin Samitah serta Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Datuk Mohd Sofian Alfian Nair.

RELATED ARTICLES
Utama

Projek Sistem Penyimpanan Tenaga Bateri (BESS) Sabah: Isu Ketelusan dan Kebimbangan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular