HomeIsu tempatanQTSB bayar Yuran Permit Tahunan Struktur Telekomunikasi 2019-2022 berjumlah RM660,500 kepada MPP

QTSB bayar Yuran Permit Tahunan Struktur Telekomunikasi 2019-2022 berjumlah RM660,500 kepada MPP

Read Time:1 Minute, 17 Second

PENAMPANG: Majlis Perbandaran Penampang (MPP) telah menerima cek replika berjumlah RM660,500 yang disampaikan oleh Pengerusi Qhazanah Technology Sdn. Bhd. (QTSB), Datuk Awang Ahmad Sah Awang Sahari untuk bayaran Yuran Permit Tahunan Struktur Telekomunikasi bagi tempoh 2019 hingga 2022.

QTSB merupakan syarikat yang dilantik sebagai One Stop Agency (OSA) oleh Kerajaan Negeri Sabah untuk menyelaras permohonan berkaitan infrastruktur telekomunikasi di Negeri Sabah.

Penyerahan cek replika ini berlangsung di Bilik Mesyuarat Majlis Perbandaran Penampang pada 30 Julai lalu.

Dalam majlis penyerahan tersebut, Ahmad Sah menyarankan agar syarikat pemilik infrastruktur telekomunikasi memberi kerjasama untuk mengemukakan setiap permohonan kelulusan permit pembinaan infrastruktur komunikasi baharu dan mengemukakan permohonan pembaharuan permit tahunan melalui OSA untuk tindakan selanjutnya bagi mendapatkan kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Selain itu, syarikat pemilik infrastruktur telekomunikasi juga digalakkan untuk menyertai program pemutihan bagi infrastruktur sedia ada yang masih belum berdaftar bagi mengelakkan infrastruktur telekomunikasi mereka dianggap struktur haram.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) QTSB Mikail S. Abdullah meminta kerjasama semua pihak terutama pemilik Infrastruktur Komunikasi menggunakan platform online yang telah dikuatkuasakan pada 15 Julai lalu untuk memudahkan dan memastikan pengurusan dalam bentuk digital ke atas infrastruktur komunikasi di negeri Sabah dapat diurus tadbir dengan lebih baik dan teratur.

MPP berterima kasih kepada QTSB atas usaha mereka dan berharap kerjasama yang baik ini akan memberikan manfaat kepada semua pihak yang terlibat dalam pemantauan dan pengurusan infrastruktur telekomunikasi di Negeri Sabah.

Majlis ini turut dihadiri Setiausaha Perbandaran, Robert Malangking, Timbalan Setiausaha Perbandaran, Andresia Lojingau, Pengurus QTSB Hermi Pilson, Ketua -Ketua Bahagian dan Kakitangan MPP dan Pegawai QTSB.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lebih 100 pengunjung meriahkan Christmas @ KK Sentral Riverside Market

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular