HomeUtamaUniversiti berperanan bantu hasilkan harta intelek

Universiti berperanan bantu hasilkan harta intelek

Read Time:1 Minute, 21 Second

Kota Kinabalu: Universiti berperanan untuk membantu menghasilkan harta intelek yang bermutu tinggi melalui aktiviti penyelidikan dan inovasi selain memainkan peranan bagi menghasilkan modal insan berkualiti.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, budaya penyelidikan dan inovasi juga perlu terus diterapkan dalam kalangan warga universiti khususnya di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Katanya, ia adalah bagi memastikan UMS sentiasa menjadi rujukan dan dihormati di dalam dan di luar negara.

“Saya tertarik dengan kategori STEMQuest Ignite yang melibatkan penyertaaan daripada pelajar-pelajar sekolah, kerana sepanjang tahun ini, Kerajaan Negeri Sabah sendiri berhasrat untuk turun padang secara proaktif ke sekolah-sekolah di Negeri Sabah.

“Ia adalah bagi memberi galakkan dan bantuan pendidikan yang berjumlah RM44 juta yang diselaraskan melalui pejabat Tugas-Tugas Khas dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri.

“Justeru, dalam usaha untuk menyuburkan budaya penyelidikan dan inovasi, pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah menyediakan Public-Private Research Network atau Jaringan Penyelidikan Awam-Swasta (PPRN), sebuah inisiatif inovatif bagi menggalakkan program inovasi yang berasaskan permintaan dalam memacu peningkatan produktiviti serta mengukuhkan pembangunan ekonomi Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan EXCOCIPTA 2024 UMS di sini kelmarin.

Arifin yang juga Exco Pendidikan dan Agama Sabah berkata, menerusi inisiatif itu diharap agar universiti dapat memperkasa hubungan jaringan awam swasta melalui penyediaan penyelesaian daripada universiti kepada industri, meningkatkan produktiviti melalui inovasi atau teknologi yang bersesuaian.

“Selain itu dapat menggalakkan penyertaan pensyarah atau penyelidik untuk memberikan penyelesaian berasaskan permintaan industri.

“Untuk makluman para hadirin, Jaringan Penyelidikan Awam-Swasta atau PPRN menyediakan geran pemadanan sehingga RM350,000 untuk projek inovasi berpacukan permintaan yang mana komitmen syarikat adalah berdasarkan saiz syarikat,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

518 kes pokok tumbang berlaku di Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular