HomeIsu tempatan1,069 pelajar PKK sertai MTS

1,069 pelajar PKK sertai MTS

Read Time:52 Second

Kota Kinabalu : Seramai 1,069 pelajar baharu Politeknik Kota Kinabalu (PKK) telah mengikuti Minggu Transformasi Siswa (MTS) bagi sesi I 2024/2025 di sini baru-baru ini.

PKK dalam satu kenyataan memaklumkan MTS yang dijalankan selama lima hari berakhir 1 Ogos lalu itu bertujuan untuk memberi pengetahuan am dan pengenalan ringkas tentang PKK.

Ia termasuklah pelbagai perkara merangkumi keselamatan, kebajikan, disiplin, psikologi, sukan, kokurikulum, kebudayaan dan akademik kepada pelajar baharu.

Majlis itu dirasmikan Pengarah PKK Md Nor Abdul Halim. 

Beliau berkata, pelajar baharu perlu belajar bersungguh-sungguh selain bergiat aktif sepanjang menjalani pengajian di PKK. 

Sementara itu pelajar PKK, Dgku Zainun Pg Wahab, 36, berkata, umur bukanlah penghalang untuk beliau menyambung pengajian Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik setelah menimba pengalaman bekerja di syarikat swasta selepas tamat pengajian peringkat sijil pada tahun 2006. 

“Saya menyarankan buat para pelajar lepasan SPM untuk memilih bidang TVET kerana peluang pekerjaan lebih luas dan menjadi pilihan utama industri,” katanya.

Dalam majlis yang sama, Pengarah PKK telah melancarkan Bulan Kemerdekaan Peringkat PKK. – SABAH MEDIA / FOTO PKK

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

YNJ sampaikan sumbangan kepada 100 asnaf di LD

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular