HomeUtamaKPDN Sabah berjaya rampas 1,500 liter minyak diesel

KPDN Sabah berjaya rampas 1,500 liter minyak diesel

Read Time:1 Minute, 59 Second

Kota Kinabalu : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sabah berjaya merampas kira-kira 1,500 liter minyak diesel dalam satu operasi ‘Ops Tiris’ sekitar Jalan Penampang di sini semalam.

Operasi yang dijalankan sepasukan pegawai penguat kuasa dari Ibu Pejabat KPDN Sabah sekitar jam 9.10 malam semalam itu turut menahan dua buah kenderaan iaitu sebuah pacuan empat roda jenama Isuzu Trooper dan sebuah lori jenama Toyota Dyna.

Pengarah KPDN Sabah Georgie Abas berkata, hasil pemeriksaan mendapati terdapat tangki tambahan jenis IBC pada bahagian belakang Isuzu Tropper disyaki berisi minyak diesel anggaran 900 liter.

Katanya,  pemeriksaan keatas lori jenama Toyota Dyna itu turut mendapati terdapat tangki jenis fiber di bahagian belakang disyaki berisi minyak diesel anggaran 600 liter.

Menurutnya, kedua-dua buah kenderaan itu ditaham ketika cuba membuat pembelian minyak diesel di sebuah stesen minyak di sekitar Jalan Penampang. 

“Keseluruhan barangan yang disita dalam pemeriksaan tersebut adalah minyak diesel dengan anggaran 1,500 liter; sebuah jenderaan pacuan empat roda jenama Isuzu Trooper; sebuah kenderaan lori jenama Toyota Dyna; tangki jenis IBC 1 unit; tangki jenis fiber 1 unit; Hose getah 1 unit dan mesin pump minyak dua unit.

“Nilai sitaan keseluruhan berjumlah RM 43,855. Dua orang lelaki warga tempatan berumur 40 tahun dan 29 tahun yang merupakan pemandu kenderaan pacuan empat roda dan juga pemandu lori turut ditahan bagi tujuan membantu siasatan.

“Berdasarkan keterangan awal, kedua-dua pemandu kenderaan yang ditahan gagal menunjukkan sebarang dokumen atau kebenaran daripada KPDN untuk membeli dan membawa minyak diesel yang disimpan di dalam tangki tambahan selain tangki minyak kenderaan. 

“Dikenalpasti juga Modus Operandi bagi aktiviti ini adalah membeli minyak diesel bersubsidi dari stesen-stesen minyak yang beroperasi sebelah malam dan mengumpulkannya sebelum disyaki menjual kepada pihak yang tidak layak menggunakan minyak diesel bersubsidi dengan harga yang lebih tinggi,”katanya.

Sementara itu, Georgie berkata, sebagai tindakan lanjut, kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan iaitu minyak diesel dengan tujuan untuk melakukan kesalahan

Katanya,  KPDN Negeri Sabah akan terus menjalankan pemeriksaan dan pemantauan secara berterusan ke atas semua kegiatan berkaitan barang kawalan di negeri Sabah agar tidak berlaku sebarang bentuk penyelewengan terhadap barang kawalan  berkenaan. 

“Orang  ramai  yang  mempunyai  maklumat  mengenai sebarang aktiviti yang melanggar perundangan itu boleh menyalurkan aduan kepada pihak kementerian melalui saluran yang disediakan,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO KPDN Sabah

RELATED ARTICLES
Utama

Kerajaan Madani komited pastikan rakyat nikmati internet berkelajuan tinggi 5G –...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular