HomeUtamaAnwar tegur segelintir pemimpin pertikai peruntukan cecah RM16 bilion kepada Sabah

Anwar tegur segelintir pemimpin pertikai peruntukan cecah RM16 bilion kepada Sabah

Read Time:1 Minute, 16 Second

Kota Kinabalu : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur segelintir pemimpin dalam Kerajaan Perpaduan yang mempertikai pengumuman beliau mengenai peruntukan mencecah RM16 bilion kepada Sabah pada Mei lalu.

“Bila saya umum dalam Pesta Kaamatan belanja satu tahun mencecah RM16 bilion, ada wakil rakyat, Ahli Parlimen dalam Kerajaan Perpaduan yang mempertikai. Kamu jadi MP tahu baca buku akaun, kalau tak baca kamu tak layak jadi MP. Saya dah beritahu, hari ni saya nak berucap nak jawab sikit.

“Hari ini dengar Presiden Keadilan berucap. Saya nak Keadilan bangkit di Sabah, bangkit memperjuangkan rakyat Sabah, bukan mempertahan pemimpin lapuk di negeri Sabah.

“Apa sudah ingat saya Perdana Menteri, Menteri Kewangan boleh tipu angka. Saya jawab dalam ucapan itu, saya kata pada tahun 2024, kita tambah seluruh peruntukan itu RM16 bilion, jadi mereka kata tidak cuma RM6 bilion sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Pidato Perdana sempena Konvensyen Keadilan Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini.

Majlis itu turut dihadiri Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Anwar menjelaskan RM6.6 bilion itu adalah peruntukan pembangunan untuk keseluruhan negeri.

“Siapa nak bayar bangunan sekolah, siapa nak bayar guru, siapa nak jaga sempadan, siapa nak perbaiki jalan, Pan Borneo itu tidak termasuk dalam RM6.6 bilion. Saya tak peduli sangat kalau pembangkang, tapi kalau kawan-kawan mahu jadi kawan, mesti perangai macam kawan, mesti ada adab sebagai kawan.

“Mesti tahu negara ini punyai tanggungjawab dan yang penting bukan kamu sebagai wakil rakyat, yang penting itu rakyat yang nak hidup dan merdeka,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Pasukan MALBATT selamat, kenderaan rosak diserang orang awam Lubnan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular