HomeUtamaPelan pembangunan daerah Paitan akan dibangunkan - James

Pelan pembangunan daerah Paitan akan dibangunkan – James

Read Time:1 Minute, 32 Second

Paitan : Satu pelan pembangunan akan dirancang bagi daerah ini dalam tempoh lima tahun selaras dengan penaiktarafan Paitan sebagai daerah penuh.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk James Ratib berkata, ia adalah bagi memastikan daerah itu dapat keluar daripada status miskin atau miskin tegar.

“Saya amat bersyukur kerana akhirnya cita-cita kami melihat daerah Kecil Paitan dinaiktaraf menjadi daerah penuh akhirnya tercapai dengan rasminya hari ini (semalam).

“Kami berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam merealisasikan impian ini.  Justeru selepas sahaja pewartaan dibuat, saya akan mengajukan jabatan-jabatan yang terpenting untuk menduduki lebih awal di Pejabat Daerah Paitan.

“Saya berharap pelan pembangunan Paitan bagi tempoh lima tahun juga akan tercapai dalam masa tersebut. Inilah masanya supaya Daerah Paitan ini keluar daripada status miskin ataupun miskiasn tegar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penaiktarafan daerah kecil Paitan kepada daerah penuh di sini semalam.

James yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sugut berkata, pihaknya juga berharap kerjasama daripada rakyat dan pemimpin setempat supaya sama-sama menaiktarafkan serta membangunkan daerah ini dengan lebih cepat.

Katanya, antara lain perkara yang terkandung dalam pelan pembangunan Paitan ialah pembinaan pejabat-pejabat kerajaan yang terdiri daripada Pejabat Tanah dan Ukur, Kompleks Sukan, Pejabat Pendaftaran, MPOB, Pejabat-Pejabat Jabatan Persekutuan, termasuklan pembinaan Mini Hospital untuk Pejabat Daerah Paitan.

“Dan di samping itu, kita juga telahpun membuat satu perancangan untuk mendirikan sebuah Bandar Baru di Daerah Paitan ini oleh pihak swasta. 

“Saya sendiri akan memastikan supaya wujud satu bandar baru di Paitan ini. Pelan Pembangunan akan bermula tahun hadapan dan sekarang kita telahpun memanggil satu konsultan untuk membuat pelan pembangunan ini dan kita akan angkat kepada Pengarah Perancang Bandar dan Wilayah supaya pelan pembangunan ini dapat di ‘endorse’ agar pelaksanaannya dapat dipercepatkan,” katanya.

Menurut beliau, dengan adanya pelan pembangunan yang dibina oleh swasta, ini akan mempercepatkan pembangunan yang dirancangkan di Paitan. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Jetama Sdn Bhd sumbang ambulan, bantu lebih ramai terima manfaat pengangkutan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular