HomeUtamaPerkara 112D masih dirunding jumlah peningkatan - PM

Perkara 112D masih dirunding jumlah peningkatan – PM

Read Time:1 Minute, 0 Second

Kota Kinabalu : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan perkara di bawah Artikel 112D dalam Perlembagaan Persekutuan masih dirunding jumlah peningkatannya.

Katanya, ia kerana perjanjian yang dibuat sebelum ini menyebut ‘dalam keadaan kewangan yang mengizinkan’.

Menurutnya, banyak yang dikutip dari Sabah, antaranya cukai dalam negeri sebanyak RM600 juta pada tahun lalu, manakala RM6.6 bilion duti kastam.

“Berapa yang kita dapat dari negeri Sabah? Banyak….cukai dalam negeri di Sabah untuk 2023, RM600 juta, RM6.6 bilion duti Kastam. Minta cara baik tak apa, minta sebagai kawan dan saya sudah beritahu Perkara 112D masih dirunding peningkatannya kerana perjanjian itu menyebut dalam keadaan kewangan yang mengizinkan.

“Kita mewarisi hutang yang banyak, bukan masa saya. Masa saya Menteri Kewangan dulu hutang semua dibayar. Tapi kami mewarisi dan sebahagian dalam jemaah menteri, bertanggungjawablah, Speakerkah menterikah, tak tahulah banyak jawatan.

“Jadi kita warisi, so kena bayar. Ada orang kata perlu bayarkah? Kalau tak bayar orang tak yakin, orang tak melabur di negara kita. Kita janji dan kita kena bayar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Pidato Perdana sempena Konvensyen Keadilan Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini.

Majlis itu turut dihadiri Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Polis nafi dakwaan perobohan rumah balu anggota PDRM di Semporna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular