HomeIsu tempatanSMK Putatan laksana pelbagai aktiviti semarakkan bulan Kebangsaan

SMK Putatan laksana pelbagai aktiviti semarakkan bulan Kebangsaan

Read Time:1 Minute, 9 Second

Putatan: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putatan melaksanakan pelbagai aktiviti bagi menyemarakkan lagi sambutan Bulan Kebangsaan demi meningkatkan semangat patriotisme pelajar.

Pengetuanya, Zarida Mohd Junaidi  berkata program-program tersebut antaranya berkaitan bagaimana menghargai pejuang kemerdekaan hingga kita dapat menikmati hasil keamanan pada hari ini.

“Melalui cara tersebut, dapat memastikan generasi muda tidak hanya mengenang sejarah, tetapi juga menghargai dan meneruskan perjuangan kemerdekaan dalam kehidupan seharian.

“Aktiviti-aktiviti yang dirancang adalah seperti pertandingan koir kemerdekaan, kuiz online kemerdekaan, pertandingan nyanyian solo kemerdekaan, mini sukaneka merdeka, pertandingan seni khat dan pertandingan payung beragam merdeka.

“Kita yakin melalui program seumpamanya dapat menyemai semangat cinta negara, jiwa merdeka dan semangat patriotisme dalam kalangan anak-anak kita,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Jiwa Madani Kelab Malaysiaku SMK Putatan menerusi Majlis Pelancaran dan Penutupan Bulan Kemerdekaan 2024, baru-baru ini.

Sementara itu, seorang pelajar Siti Nur Syuhadah Nordin,15, bersyukur kerana berkat pengorbanan para pejuang dahulu, generasi kini dapat menikmati kemakmuran.

“Sebagai pelajar, kita harus bijak menggunakan media sosial untuk memastikan ia digunakan dengan cara yang betul sekaligus mengekalkan keamanan negara,” katanya 
Program itu dihadiri 

300 pelajar tingkatan tiga, empat dan pra universiti.
Turut hadir, Pegawai Penerangan Daerah Putatan, Nordin Seman, guru penyelaras Kelab Malaysiaku SMK Putatan, Marinette Baltazar, Yang Dipertua Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) SMK Putatan, Osman Nasroh.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS usaha sebar luas pengetahuan berkaitan HIV AIDS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular