HomeUtamaPengerusi JKKK diingatkan laksana tugas tanpa sempadan politik, kaum dan agama

Pengerusi JKKK diingatkan laksana tugas tanpa sempadan politik, kaum dan agama

Read Time:1 Minute, 38 Second

Sipitang:  Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang dilantik di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sindumin diingatkan untuk berkhidmat kepada penduduk di kawasan mereka tanpa sempadan politik, kaum dan agama.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN( Sindumin Datuk Dr Yusof Yacob berkata, ia penting agar semua penduduk kampung di kawasan mereka mendapat perkhidmatan yang baik dan sama rata menerusi JKKK, sebuah institusi pentadbiran di peringkat akar umbi.

“Laksanakan amanah yang diberikan dengan baik bagi memastikan semua penduduk di setiap pelusuk kawasan di DUN Sindumin mendapat impak menerusi JKKK khususnya pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad berkata demikian pada Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan 26 Pengerusi dan 26 Setiausaha JKKK DUN Sindumin di Dewan KBS Sipitang, di di sini semalam.

Hadir sama, Pegawai Daerah Sipitang Ak. Raimy Pg. Abdul Rahman dan PPM DUN Sindumin Wendey Agong Baruh.

Turut disampaikan komputer riba dan mesin pencetak kepada setiap JKKK.

Pada masa sama, Dr Yusof mahu semua JKKK yang dilantik ini diberikan kursus untuk mereka mendalami cara kerja dan peranan seseorang Pengerusi JKKK.

Menurutnya, setiap JKKK juga perlu ada profile kampung untuk mereka tahu sempadan kawasan mereka dan kemudahan-kemudahan yang ada khususnya jumlah penduduk, jumlah rumah, jalan raya yang ada, lokasi saluran paip, tiang elektrik, parit, masjid, surau dan gereja.

“Semua informasi ini mesti ada bagi setiap JKKK. Mereka juga perlu tahu identiti penduduk kampung, ketua keluarga dan lokasi rumah.

“Tiada kompromi jika JKKK tidak kenal penduduk kampung dalam kawasan mereka. Lawat semua rumah dan kenal pasti jika ada kekurangan untuk dibantu,” katanya 

Dalam pada itu, Dr Yusof berkata, pemilihan Pengerusi JKKK bagi DUN Sindumin dibuat menerusi perbincangan dengan semua Ketua-Ketua Bahagian parti komponen Gabungan Rakyat Sabah dan Pakatan Harapan Sabah 

“Biarpun sebagai ADUN, saya  boleh melantik sesiapa yang layak, namun saya panggil rakan-rakan komponen untuk bincang melantik Pengerusi JKKK dan Ketua Kampung.

“Lantikan 26 Pengerusi JKKK ini adalah keputusan bersama dan dibuat secara adil,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Sambutan Hari Malaysia disifatkan bawa makna besar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular