HomeSukan197 peserta sertai CAMETRA 2024

197 peserta sertai CAMETRA 2024

Read Time:56 Second

Kota Kinabalu : Seramai 197 peserta dari pelbagai daerah termasuk negara luar telah menyertai Cabaran Memanah Tradisional Tertutup dan Jemputan Politeknik Kota Kinabalu (CAMETRA) 2024 di sini baru-baru ini.

Program anjuran Pusat Islam dan Politeknik Kota Kinabalu (PKK) itu melibatkan penyertaan seramai 142 lelaki dan 55 wanita.

Antara daerah menyertai adalah seperti Tuaran, Kota Belud, Kota Marudu, Keningau, Beaufort, Sipitang, Kimanis, Kudat dan Labuan serta penyertaan dari luar negara iaitu Brunei.

Johan kategori lelaki disandang oleh Rezuaan Japilis dari Wira Archers Club, naib johan pula disandang Harudi Hendrikus dari Al Qadri Tradisional Archery Club dan tempat ketiga disandang oleh Sabarudin Samba dari KMT Suria.

Johan bagi kategori wanita pula disandang oleh Siti Aisah Mohd Said dari kelab ATTRAC, naib johan disandang oleh Siti Rahayu Rusmin dari kelab BTAC dan tempat ketiga di sandang oleh Nurul Ain Ismail dari kelab KMT Suria.

Johan kategori lelaki membawa pulang wang tunai RM500, pingat dan hamper manakala johan kategori wanita membawa pulang wang tunai RM400, pingat dan hamper.

Perasmian dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Muse Amin. Turut hadir Timbalan Pengarah Akademik Politeknik Kota Kinabalu, Abdul Razak Mohd Daim. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Piala Malaysia : Perlawanan ini sangat penting – Martin

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular