HomePendapatKerajaan wajar perkenal dasar, pendekatan tentang budaya kerja di Malaysia.

Kerajaan wajar perkenal dasar, pendekatan tentang budaya kerja di Malaysia.

Read Time:5 Minute, 22 Second

Oleh Wan Azrain Adnan

1.  Pada bulan Jun 2024, Remote, iaitu sebuah syarikat perkhidmatan sumber manusia global, telah menerbitkan laporan kajian keseimbangan kerja-hidup/ work-life balance. Ianya merangkumi beberapa faktor penilaian, antaranya: bilangan hari cuti tahunan berkanun, bilangan hari cuti bersalin berkanun, gaji minimum, penjagaan kesihatan, indeks kebahagiaan, purata jam kerja mingguan.

2. Berdasarkan faktor penilaian tersebut, Malaysia telah di letakkan di kedudukan kedua terbawah, iaitu tangga ke-59 daripada 60 negara. Malaysia hanya memperolehi skor sebanyak 27.51 daripada 100. Pekerja di Malaysia telah mencatatkan purata kerja mingguan berjumlah 40.8 jam, dengan purata 16 hari cuti tahunan.

Nigeria menduduki tangga terbawah, dengan skor 17.03.

3. Laporan berkenaan selari dengan kajian yang di terbitkan oleh KISI tidak lama dahulu, di mana Kuala Lumpur telah di kenal-pasti sebagai salah satu bandar yang terlampau kuat bekerja/ overworked di dunia.

4. Kedua-dua laporan berkenaan membuktikan pekerja di Malaysia banyak menghabiskan masa bekerja, tanpa banyak masa berehat. Ketekunan pekerja ini telah merancakkan agenda pembangunan negara untuk sekian lama. Oleh kerana itu, Malaysia telah berjaya menarik banyak pelaburan asing dan domestik, dan telah membangun dengan pesat.

5. Namun begitu, kerja kuat oleh pekerja di Malaysia tersebut tidak menghasilkan produktiviti pekerja yang tinggi, dan tidak juga menghasilkan daya-saing negara yang tinggi.

Ianya hanya menghasilkan situasi work-life balance yang sangat teruk. 

6. Laporan World Competitiveness Ranking 2024 (WCR 2024) telah meletakkan Malaysia di tangga ke-34, daripada 67 buah negara yang di nilai. Di bawah WCR 2023, Malaysia berada di kedudukan ke-27. Ranking WCR 2024 tersebut di buat berdasarkan 4 faktor penilaian: 

7. Fakta menarik. Sejak tahun 1989, laporan World Competitiveness Ranking (WCR) telah di terbitkan untuk menilai serta membandingkan tahap daya-saing/ competitiveness negara-negara terpilih di seluruh dunia. Ianya di terbitkan oleh International Institute for Management Development (IMD), iaitu sebuah institusi pengajian terkemuka dunia di Switzerland.

8. Antara lain, laporan WCR 2024 telah melihat kepada hubungan-kait/ correlation di antara produktiviti pekerja dan daya saing negara. WCR 2024 merumuskan bahawa terdapat hubung-kait yang tinggi/ positive correlation, di mana peningkatan nilai produktiviti pekerja meletakkan daya saing negara berkenaan di kedudukan yang tinggi.

9. Sebagai contoh. Negara-negara yang berada di kedudukan teratas daya saing telah merekodkan nilai produktiviti pekerja yang tinggi: Singapura (1), Switzerland (2), Denmark (3), Ireland (4).

10. Manakala, Malaysia pula telah merekodkan nilai produktiviti pekerja yang rendah, dan seterusnya menjejaskan daya saing negara. Malah, di antara faktor-faktor penilaian di bawah WCR 2024, Productivity & Efficiency merupakan faktor penilaian terendah yang di rekodkan oleh Malaysia, iaitu tangga ke-53 di antara 67 buah negara.

11. Di samping itu, lebih menarik WCR 2024 turut menunjukkan hubung-kait pencapaian daya-saing negara berbanding jumlah jam bekerja, di mana ianya meletakkan negara-negara di dalam dua kelompok yang berbeza. 

12. Negara-negara ekonomi barat/ western economies telah berjaya mencapai tahap daya-saing yang tinggi dengan jumlah jam bekerja yang rendah. Sebagai contoh. Netherlands dan Finland merekodkan purata jumlah bekerja sekitar 1,500 jam setahun oleh setiap pekerja, dan masih dapat mengekalkan tahap daya-saing yang tinggi.

13. Sebaliknya, negara-negara ekonomi timur/ eastern economies pula merekodkan tahap daya-saing yang tinggi dengan jumlah jam bekerja yang tinggi. Sebagai contoh. Singapura, iaitu negara yang berada di ranking pertama WCR 2024, telah merekodkan purata jumlah bekerja sekitar 2,300 jam setahun oleh setiap pekerja.

14.  Ini jelas menggambarkan perbezaan ketara pendekatan, pemikiran serta budaya berkaitan kerja di antara negara ekonomi barat dan timur.

Seolah-olah budaya kerja di negara ekonomi timur ialah: work till you drop dead.

15. Berdasarkan laporan WCR 2024 berkenaan, Malaysia telah merekodkan jumlah jam bekerja yang sangat tinggi, selari dengan negara-negara ekonomi timur yang lain.

Ini bermakna pekerja di Malaysia terpaksa membanting tulang sepanjang tahun agar Malaysia dapat mencapai tahap daya-saing sekarang. 

16. Sebagai perbandingan di antara Malaysia dan Singapura, jumlah jam bekerja yang di rekodkan adalah hampir sama, tetapi:

 produktiviti pekerja di Singapura jauh lebih tinggi daripada Malaysia

 ranking daya saing sangat berbeza: Singapura (1) dan Malaysia (37)

Kesimpulan mudah: pekerja di Malaysia kerja banyak masa, tetapi tidak produktif.

17. Lebih malang lagi, pekerja di Malaysia menerima gaji kecil, yang sudah pasti tidak setimpal dengan jumlah jam bekerja. Kerja kuat, gaji sedikit!

Hakikatnya, inilah dilema utama pekerja di Malaysia.

18. Menurut laporan Statistik Upah Pekerja Suku Tahun Pertama 2024 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Median Upah Bulanan pekerja di Malaysia adalah RM 2,844 sebulan.

Manakala, hampir 8% pekerja mendapat upah bulanan kurang dari RM 1,500 sebulan.

19. Akhirnya, isu gaji terus menimbulkan perbahasan hebat di antara pekerja dan majikan di Malaysia, tanpa penyelesaian jangka panjang. Secara ringkasnya:

 Pekerja: menuntut gaji yang lebih tinggi, setimpal dengan jumlah jam bekerja yang banyak

 Majikan: keberatan untuk menyediakan gaji tinggi, memandangkan produktiviti pekerja rendah walaupun jumlah jam bekerja yang banyak 

20. Justeru itu, isu gaji seolah-olah sudah mencapai jalan buntu/ stalemate, di mana gaji pekerja kekal kecil dan kenaikan gaji pekerja di Malaysia terus mendatar. Sehinggakan ramai bergelut dengan cabaran kos sara hidup yang semakin meningkat, dan menjejaskan kualiti kehidupan serta kesihatan. 

21. Situasi stalemate ini menuntut intervensi kerajaan agar dapat menyediakan penyelesaian win-win kepada semua pihak berkepentingan. Sebagai contoh. Kerajaan Malaysia wajar segera mengumumkan kadar Gaji Minimum baru, dengan mengambil-kira kos sara hidup yang telah meningkat. Kali terakhir kadar Gaji Minimum di naikkan adalah dua tahun lepas pada Mei 2022, meningkat dari RM 1,200 kepada RM 1,500 sebulan.

22. Pada masa yang sama, Kerajaan Malaysia juga wajar memperkenalkan dasar dan peraturan terkini yang dapat merubah pemikiran, pendekatan dan budaya berkaitan kerja di Malaysia. Matlamatnya ialah untuk menyediakan work-life balance yang lebih baik untuk kesejahteraan rakyat.

Ketika ini, work-life balance di Malaysia hanyalah mitos semata-mata.

23. Dengan jumlah jam bekerja yang banyak dan gaji yang kecil, maka tidaklah mengejutkan Malaysia bukan sebuah negara yang begitu bahagia menurut Laporan Kebahagiaan Dunia 2024, di mana Malaysia berada di tangga ke-59 daripada 143 negara.

24. Laporan Kebahagiaan Dunia tersebut telah mengiktiraf Finland sebagai negara paling bahagia di dunia untuk 7 tahun berturut-turut (2018 – 2024). Antara sebab utama ialah pencapaian keseimbangan kerja-hidup/ work-life balance yang baik, di mana pekerja di Finland bekerja secara purata 35.3 jam seminggu.

25. Malah, menurut laporan oleh KISI, bandar-bandar di negara ekonomi barat yang merekodkan jumlah jam bekerja yang rendah dan mencapai daya-saing yang tinggi, turut menyediakan work-life balance yang terbaik di dunia.  

RELATED ARTICLES
Pelancongan Regatta Lepa
PendapatUtama

Industri Pelancongan Memacu ekonomi Negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular