HomeIsu tempatanOrang ramai dipelawa sertai Seni Bicara Merdeka : Bengkel Pengacaraan Majlis dan...

Orang ramai dipelawa sertai Seni Bicara Merdeka : Bengkel Pengacaraan Majlis dan Komunikasi Berkesan

Read Time:1 Minute, 22 Second

Kota Kinabalu : Orang ramai khususnya golongan muda di negeri ini dipelawa untuk menyertai Seni Bicara Merdeka : Bengkel Pengacaraan Majlis dan Komunikasi Berkesan.

Bengkel anjuran Ennvysion Event dengan kerjasama Institut Kerjasama Kerajaan dan Rakyat (IKRAR) Jabatan Ketua Menteri Sabah itu akan berlangsung pada 18 Ogos ini bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini.

Ennvysion Event dalam satu kenyataan berkata, penyertaan bagi menyertai bengkel itu adalah percuma dan terhad kepada 100 peserta terawal.

Menurut kenyataan itu, bengkel itu turut terbuka kepada individu yang mahu belajar menjadi pengacara atau yang mahu ilmu pengetahuan dalam bidang pengacaraan.

“Antara objektif penganjuran bengkel ini adalah bagi meningkatkan lagi tahap kemahiran pengucapan awam untuk membolehkan pada peserta dapat melengkapkan teknik pengucapan awam yang canggih yang membolehkan mereka berkomunikasi dengan jelas dan yakin dalam pelbagai tetapan.

“Selain itu, bengkel ini juga dapat membantu membangunkan kecekapan pengacaraan untuk menyediakan pengetahuan mendalam dan kemahiran praktikal yang diperlukan untuk penyampai yang berkesan, membolehkan para peserta menjadi tuan rumah acara dengan profesionalisme dan bakat,” menurut kenyataan itu lagi.

Bengkel itu akan dikendalikan oleh tiga speaker berpengalaman dalam bidang berkaitan antaranya penyampai berita TV yang juga seorang pengacara majlis, Enn Xaviera; Wartawan Berita TV Safwan Sawi dan juga Konsultan Imej Profesional Dell Idris.

Antara pengisian bengkel adalah meliputi lima modul antaranya Pencara Versatile; Foundation of Great Speaker; Kemahiran Menyampai Secara berwibawa dan Berkesan; Kemahiran Menulis Skrip dan Posting Media Sosial dan Pesona dan Prestij – Membina Imej Pengacara.

Majlis perasmian penutupan bengkel akan disempurnakan Pengarah IKRAR Jabatan Ketua Menteri Azrul Ibrahim.

Bagi individu yang berminat untuk menyertai bolehlah menghubungi talian 011-61916532 atau Qr Code yang disediakan. – SABAH MEDIA

QR untuk muat turun borang penyertaan
RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS usaha sebar luas pengetahuan berkaitan HIV AIDS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular