HomeUtamaHASiL mengiktiraf pengamal media Sabah menerusi jalinan kerjasama strategik

HASiL mengiktiraf pengamal media Sabah menerusi jalinan kerjasama strategik

Read Time:1 Minute, 28 Second

KOTA KINABALU: Mengangkat tema sempena Hari Wartawan Nasional 2024 “Etika Teras Kewartawanan Mapan”, peranan media terus diiktiraf Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) dengan meraikan seramai hampir 40 pengamal media menerusi Majlis Hi-Tea Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) HASiL Bersama dengan Media Sabah di salah sebuah hotel terkemuka di sini pada Khamis (8 Ogos).

Program HASiL bersama media merupakan salah satu daripada program wajib yang dilaksanakan setiap tahun mulai tahun 2017 sehingga kini menerusi pelbagai platform penganjurannya.

Gambar Kenangan… Majlis Hi-Tea Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) HASiL Bersama dengan Media Sabah di salah sebuah hotel terkemuka di Kota Kinabalu pada Khamis

Dalam majlis itu, KPE HASiL, Datuk Dr Abu Tariq Jamaluddin merakamkan penghargaan kepada rakan-rakan media atas sokongan yang telah diberikan kepada HASiL sepanjang tahun 2023 dan 2024 menerusi laporan berita serta publisiti yang diterbitkan dalam menyampaikan maklumat terkini yang tepat dan relevan kepada masyarakat.

Beliau berharap kerjasama strategik yang terjalin selama ini akan terus diperkukuh dalam memastikan agenda percukaian nasional dapat disebarluaskan dengan cara yang efektif dan efisien.

Menurutnya, kejayaan yang dikecapi HASiL selama ini tidak hadir dengan sendirinya tanpa sokongan jitu daripada rakan-rakan media yang selama ini telah banyak membantu dan memudahkan pelaksanaan strategi HASiL hingga ke peringkat akar umbi.

Majlis tersebut turut dimeriahkan dengan penyampaian plak penghargaan kepada wakil wakil media yang hadir.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pematuhan), Datuk Hisham Rusli, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi Percukaian), Shaharuddy Othman, Pengarah Negeri HASiL Sabah, Azrul Hisham Shamsudin, Pengarah Jabatan Khidmat Korporat Noraini Mustafa serta barisan pengurusan kanan HASiL.

“Diharap dengan penganjuran majlis ini, pengaruh dan kekuatan media dapat dijana dengan optimum, efektif dan berkesan demi kebaikan bersama selaras dengan hasrat kerajaan untuk menyampaikan perkhidmatan yang berkesan kepada rakyat,” kata Dr Abu Tariq.

RELATED ARTICLES
Utama

518 kes pokok tumbang berlaku di Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular