HomeUtamaJHEAINS diminta terus bantu, perkasa golongan mualaf

JHEAINS diminta terus bantu, perkasa golongan mualaf

Read Time:1 Minute, 29 Second

Kota Kinabalu : Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) diminta untuk terus memperkasa golongan mualaf di negeri ini khususnya yang melibatkan pendidikan dan dakwah pada Rancangan Malaysia ke-13 (RMKe13).

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, ia termasuklah dari sudut prasarana dan persatuan berkaitan bimbingan agama bagi golongan mualaf.

“Saya mencadangkan dan meminta kepada JHEAINS agar membuat perancangan untuk RMK13 yang berhubung dengan usaha memperkasa mu’alaf dari sudut pendidikan, dakwah dan prasarana termasuk persatuan mereka.

“Kita sekarang ada 74 buah kelas bimbingan mu’alaf di seluruh Negeri Sabah. Insya Allah pada tahun hadapan kita minta kepada JHEAINS dan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) untuk menambah lagi sehingga 80 nuah bagi memudahkan mu’alaf di seluruh daerah mendapat bimbingan dekat dengan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Mahrajan Amal Islami Muallaf Kali keempat peringkat negeri Sabah di Wisma MUIS di sini semalam.

Hadir sama Pengarah JHEAINS Jumain Abdul Ghani.

Arifin yang juga Exco Pendidikan dan Agama Sabah berkata, JHEAINS juga sentiasa berusaha di seluruh daerah untuk memberikan panduan dan bantuan kepada persatuan atau kelas-kelas mualaf di negeri ini.

Beliau turut yang dengan adanya perancangan pada tahun yang mendatang, pihak terlibat akan dapat memperkasa saudara Baharu.

“Ini penting agar saudara mu’alaf kita mendapat bimbingan dan mereka dapat merasa keindahan Islam itu,” katanya.

Ketika ditanya berhubung peruntukan bagi membantu golongan mualaf ini, Arifin berkata, bantuan atau peruntukan sentiasa disalurkan menerusi JHEAINS dan MUIS.

“Memang ada, di JHEAINS  ada, di MUIS pun kita membantu melalui bahagian zakat dan fitrah, di samping badan-badan agensi atau badan-badan atau persatuan-persatuan Islam.

“Selain daripada bimbingan mu’alaf ini kita ada persatuan NGO Islam dan ini juga dibantu oleh MUIS dan JHEAINS dari sudut membuat program dan sebagainya,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

600 keluarga di Sabah terima sumbangan Krismas dari Yayasan PETRONAS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular