HomeSukanSukan wadah bagi menyatupadukan semua lapisan masyarakat

Sukan wadah bagi menyatupadukan semua lapisan masyarakat

Read Time:1 Minute, 51 Second

Penampang : Penganjuran sukan di peringkat sekolah mampu menjadi wadah bagi menyatukan semua lapisan masyarakat khususnya daripada kalangan pelajar, guru dan ibu bapa.

Focal Person Kebangsaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Mohammad Arif Sakaran berkata, aktiviti sukan juga menjadi penghubung negara Malaysia dengan negara luar.

“Justeru, saya menyeru kepada ibu bapa, marilah kita bersama-sama membantu dan menyokong pihak sekolah, menyokong bakat anak anak kita dengan bantuan tenaga, kepakaran, wang ringgit, dan buah fikiran.

“Ini adalah agar pembangunan sukan di negeri Sabah khasnya akan lebih maju dan mampu melahirkan atlit-atlit gred A dengan pencapaian gred A tentunya,”‘ katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan penutupan Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah (MSS) Daerah Kota Kinabalu di sini semalam.

Arif berkata, para atlit yang bertanding juga diminta untuk terus melakukan sesuatu yang luar biasa untuk pencapaian individu. 

“Teruskan usaha, tingkatkan latihan agar kemenangan sentiasa menjadi buruan. Kepada yang tidak berjaya dan mungkin tidak begitu menyerlah pada sukan kali ini, jangan sesekali berputus asa.

“Bangkit untuk terus memperbaiki kelemahan yang ada, yakin pada diri

jika orang lain mampu tentu saya juga mampu. Di saat anda gagal dalam sembilan kali percubaan, siapa tahu percubaan kali ke sepuluh itulah anda berjaya membuktikan bakat dan kebolehan.

“Saya pasti tiada usaha yang akan sia-sia dan atlit -atlit yang berada di hadapan saya ini, saya mengharapkan agar anda semua bakal mewakill negeri Sabah dalam apa juga sukan yang kalian ceburi kelak di arena yang lebih berprestij,” katanya. 

Sementara itu, Arif berkata, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) turut menjadi sebahagian daripada penggerak sukan di sekolah anak-anak.

“Sokonglah minat mereka, jangan disekat dengan kekangan – kekangan umpama sukan ini tidak penting dan tidak menjanjikan masa depan.

“Memanglah akademik menjadi penanda aras untuk kecemerlangan anak-anak kita, tetapi jangan dilupa bahawa sukan juga adalah penyumbang terbesar untuk kemenjadian anak-anak ini. 

“Dengan akademik yang mewakili kecerdasan minda ditambah dengan aktiviti sukan untuk kecergasan fizikal maka tidak hairanlah generasi yang terlahir kelak menjadi insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual. 

“Saya menyeru kepada semua ibu bapa, melalui PIBG juga, pastikan aktiviti sukan ini sebagai aktiviti pilihan agar anak – anak kita seimbang dari segala sudut yang saya sebutkan tadi,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Piala Malaysia : Perlawanan ini sangat penting – Martin

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular