HomeSukanSUKMA 2024 : Pencak Silat Sabah sasar bawa pulang lima pingat emas

SUKMA 2024 : Pencak Silat Sabah sasar bawa pulang lima pingat emas

Read Time:1 Minute, 7 Second

Kota Kinabalu : Lima pingat emas menjadi sasaran skuad pencak silat Sabah bagi menghadapi saingan di Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 yang akan berlangsung bermula 17 hingga 24 Ogos ini.

Ketua Jurulatih Pencak Silat SUKMA Sabah Arif Mulis berkata, pihaknya optimis untuk meriah pingat yang disasarkan berdasarkan latihan dan persiapan yang dijalankan sebelum ini.

“Setakat ini persiapan kami sudah berada di fasa akhir atau pecutan akhir.  Sekarang kami fokus kepada teknik, taktik dan strategi kami bagj menghadapi saingan di SUKMA nanti.

“Sudah tentu kami ingin memburu lima pingat emas pada SUKMA di Sarawak dimana kami mahu meraih pingat sama seperti mana yang telah kami lakukan di SUKMA Perak sebelum ini,” katanya.

Beliau turut berharap agar para atlet akan dapat memberi persembahan yang terbaik sepanjang temasya itu berlangsung.

Dalam pada itu, Arif mengakui pasukan tuan rumah (Sarawak) menjadi antara saingan bagi merebut pingat pada temasya kali ini.

“Untuk pencak silat, saingan kita adalah tuan rumah namun pendapat saya, semua negeri juga akan memberi saingan berdasarkan persiapan yang mereka telah lakukan.

” Namun bagi Sabah, kita tetap memberi tentangan dan saingan bagi membolehkan kita membawa pulang lima pingat emas,” katanya. 

SUKMA Sarawak 2024 akan berlangsung pada 17 hingga 24 Ogos 2024 melibatkan sembilan bahagian iaitu Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri serta mempertandingkan 37 jenis sukan- SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

280 peserta sertai ‘Tropical Rainforest Run 2024’ Ahad ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular