HomeIsu tempatanWalai Alap perkasa aktiviti Puspanita Tuaran

Walai Alap perkasa aktiviti Puspanita Tuaran

Read Time:1 Minute, 14 Second

Tuaran :  Walai Alap menjadi pusat operasi yang akan memperkasa aktiviti Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (PUSPANITA) Cawangan Daerah Tuaran.

Pengerusi PUSPANITA Cawangan Dearah Tuaran, Beverly Lee berkata, rumah tersebut akan mempermudahkan pelaksanaan aktiviti khususnya yang berkaitan dengan golongan hawa.

“Banyak perancangan aktiviti terutamanya aktiviti berkaitan kewanitaan seperti bengkel keterampilan dan juga bengkel yang boleh menjana pendapatan untuk golongan wanita. Selain itu, kami juga ada peranan untuk menjaga kebajikan serta memberi khidmat kaunseling kepada wanita-wanita yang memerlukan.

“Oleh itu, dengan adanya rumah ini, kami mempunyai tempat dan lebih mudah untuk kami laksanakan semua aktiviti yang telah kami rancang,” katanya ketika ditemui media selepas Majlis Perasmian Walai Alap PUSPANITA Cawangan Daerah Tuaran di Pejabat Daerah di sini, semalam.

Majlis perasmian disempurnakan Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Juliah Salag yang juga Penaung PUSPANITA Negeri Sabah.

Sementara itu, Beverly berkata dari segi kebajikan, PUSPANITA turut menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

“PUSPANITA juga memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan contohnya mangsa bencana banjir baru-baru ini selain untuk anak-anak yatim dan keluarga daif.

“Selain beri sumbangan, kami juga memberikan bantuan dari segi sokongan moral,” katanya.

Hadir sama, Pengerusi PUSPANITA Negeri Sabah, Datin Seri Dr. Nuinda Alias, Pegawai Daerah, Hadzlan Jablee yang juga Penasihat PUSPANITA Cawangan Daerah Tuaran dan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Datuk Norlijah Danin.

Walai Alap merupakan istilah gabungan etnik dusun dan bajau yang bermaksud rumah yang baik serta bermanfaat dan ia  mula beroperasi sejak Januari tahun ini.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS, Yun Fook Resources laksana penyelidikan nutrisi murid sekolah di Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular