HomeUtamaHajiji temui SU Parlimen,DUN Se-Malaysia

Hajiji temui SU Parlimen,DUN Se-Malaysia

Read Time:40 Second

Kota Kinabalu : Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor meluangkan masa pagi mengadakan ‘Breakfast Meeting’ bersama Setiausaha-Setiausaha Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Se-Malaysia di kediaman rasmi Ketua Menteri, Sri Gaya di sini hari ini.

Majlis itu turut dihadiri oleh Speaker DUN Sabah, Datuk Seri Kadzim M.Yahya, Setiausaha Dewan Negara, Muhd Sujairi Abdullah, Setiausaha Dewan Rakyat, Dr. Nizam Mydin Bacha Mydin, Setiausaha DUN Sarawak, Nur Azhar Bujang, Jurutulis DUN Johor, Zarina Abdul Kadir, Zuwislan Awang (Terengganu), Mawar Awang (Perlis) dan Rafidah Maqbool Rahman (Sabah).

Mereka berada di Sabah bagi menghadiri Persidangan Setiausaha-Setiausaha Parlimen dan DUN Se-Malaysia kali pertama di Kota Kinabalu  yang bermula dari 8 hingga 10 Ogos.

Persidangan dua hari itu telah dirasmikan oleh Kadzim pada 8 Ogos 2024 di bangunan DUN Sabah. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Pesta Tanglung, Hari Malaysia platform penting semarak semangat cinta negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular