HomeUtamaKomuniti medium terbaik sebarkan mesej, aktiviti kerajaan

Komuniti medium terbaik sebarkan mesej, aktiviti kerajaan

Read Time:1 Minute, 28 Second

Membakut:   Komuniti di setiap daerah merupakan medium terbaik dalam menyebarkan mesej dan aktiviti jabatan serta organisasi kerajaan.

Pegawai Daerah Membakut, Ibrahim Terki berkata, setiap agensi kerajaan perlu menjadikan komuniti sebagai rakan strategik utama agar segala inisiatif kerajaan dapat disampaikan dengan cepat dalam skala yang besar.

“Dengan hubungan agensi kerajaan bersama komuniti, secara tidak langsung akan mengukuhkan lagi semangat perpaduan, kekitaan dalam kalangan masyarakat seiring dengan semangat Malaysia Madani.

Pegawai Daerah Membakut, Ibrahim Terki

“Program-program melibatkan komuniti amat penting bagi memberikan impak yang positif dalam mengekalkan keakraban dan perlu dipergiatkan lagi dari masa ke semasa” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program Malam Simfoni Jiwa Merdeka di Dewan Terbuka Membakut anjuran Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN), Negeri Sabah.

Ibrahim berkata melalui program seperti ini akan mendorong masyarakat setempat untuk melibatkan diri memeriahkan lagi suasana selain  dapat menjana pendapatan para peniaga kecil.

Progam Simfoni Jiwa Merdeka merupakan program hiburan berinformasi yang dibawakan oleh Pentarama JAPEN Sabah dalam menyuntik semangat patriotik sempena bulan kebangsaan disamping berhibur dengan persembahan nyanyian serta sketsa pendek.

Selain itu, Ibrahim berkata tema hari kebangsaan ‘Malaysia Madani, Jiwa Merdeka’ bertepatan dalam menzahirkan semangat kebebasan dan kemandirian yang diwarisi dari pejuang kemerdekanan.

“Marilah sama-sama bertekad bagi memperkukuhkan lagi semangat kemerdekaan dalam diri masing-masing serta menyahut seruan untuk membina negara yang maju, makmur serta berjaya,” katanya.

Ibrahim turut menyeru masyarakat Membakut agar menyahut seruan kerajaan ‘1 Rumah 1 Jalur Gemilang’ serta menggantikan bendera yang sudah lusuh.

Selain itu, beliau berharap agar masyarakat Membakut dapat menjaga hubungan keharmonian antara kaum dan jiran tetangga bagi menterjemah rasa cintakan kedamaian.

Dianggarkan lebih 1,000 warga Membakut memeriahkan majlis yang turut dihadiri Pengarah Penerangan Sabah, Jainisah Mohd Noor serta Timbalan Pengarah, Supian Musa dan Ketua Unit Kreatif FINAS Sabah, Drusella Brigit Ak Rijeng.

RELATED ARTICLES
Utama

13 barangan di bawah SHMMP di Labuan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular