HomeIsu tempatanErdeeyona rangkul kemenangan berganda

Erdeeyona rangkul kemenangan berganda

Read Time:49 Second

Keningau : Penyanyi, Erdeeyona Christoper berjaya merangkul kemenangan berganda pada pertandingan Juara Lagu Keningau FM 2024 yang berlangsung di Dewan Masyarakat Keningau di sini semalam.

Selain menjuarai kategor Dusun, Erdeeyona turut merangkul anugerah Vokal Terbaik menerusi lagu Inggaa Kaagal Dika hasil ciptaan dan penulis Rolland Francis.

Kemenangan itu membolehkan beliau membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 bagi kategori Dusun dan RM1,000 bagi anugerah Vokal Terbaik.

Hadiah disampaikan Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor Datuk Robert Tawik.

Selain itu, bagi juara kategori melayu ianya berjaya dimenangi Chychy Alinjiran yang membawa lagu Pernah Bahagian hasil ciptaan dan penulis lirik Chychy dan Ardie.

Manakala bagi kategori Murut ianya dimenangi Jordan Jubilin yang membawa lagu Kaando Kaingkatahan hasil ciptaan Gasiun Ann Felix.

Chychy dan Jordan turut membawa pulang hadiah RM5,000.

Selain itu, turut disampaikan Anugerah Persembahan Terbaik yang dimenangi Zackiddin Zachry dan Anugerah Lirik Terbaik dimenangi Gasiun Ann Felix menerusi lagu bertajuk Kaando Kaingkatahan.- SABAH MEDIA / FOTO RTM

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

‘Idola Darau’ akan dikembangkan lagi tahun depan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular