HomeUtamaLRA Pitas capai 85 peratus pelaksanaan pembangunan

LRA Pitas capai 85 peratus pelaksanaan pembangunan

Read Time:1 Minute, 33 Second

Pitas : Loji Rawatan Air (LRA) daerah Pitas yang kini sudah mencapai 85 peratus pelaksanaan pembangunan akan mampu menyelesaikan masalah bekalan air d beberapa kawasan di daerah itu.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, LRA yang terletak di Kampung Perpaduan Saab itu juga akan dapat meningkatkan kapasiti bekalan air terawat sehingga lebih 80 peratus pada masa akan datang.

“Saya begitu yakin bahawa isu air di daerah Pitas akan dpt kita legakan dalam sedikit masa lagi terutama apabila LRA yang berkapasiti 10 juta liter sehari (MLD) dijangka siap pada bulan Mac atau April tahun hadapan.

“Seterusnya nanti akan diikuti pula program pelaksanaan sistem retikulasi di beberapa kampung di dalam daerah Pitas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan lawatan kerja di daerah Pitas di sini semalam.

Shahelmey yang juga Menteri Kerja Raya turut meminta Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) daerah Pitas untuk memberi perhatian terdapat isu Kadar Air tidak Berhasil (NRW) yang gak tinggi di daerah itu.

“Cuma satu isu yang saya tekankan tadi dalam taklimat air adalah berkenaan isu kadar air tidak berhasil yang agak tinggi, jadi saya  meminta JANS Pitas untuk melihat perkara tersebut dan kalau boleh kita kurangkan dalam tempoh terdekat,” katanya.

Dalam pada itu, Shahelmey berkata, dua batang jalan di daerah Pitas akan dinaiktaraf selewat lewatnya awal tahun depan iaitu Jalan Telaga dan Jalan Solimpodon – Mantus.

Katanya, jalan itu akan diturap dan kini hanya menunggu Surat Serahan Tugas (SST) selain itu satu lagi jalan iaitu Jalan Rosob Dandun akan dimasukkan ke dalam senarai keutamaan dalam Rolling Plan kelima tahun hadapan.

Dalam pada itu, Pembantu Menteri Luar Bandar Datuk Dr Ruddy Awah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pitas berkata pembinaan Jalan Telaga dan Jalan Solimpodon – Mantus dapat memberi manfaat kepada lebih  4,000 penduduk.

Katanya, jalan itu akan memudahkan penduduk menghantar anak-anak ke sekolah serta membawa keluar hasil pertanian mereka. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Tambah baik Jejantas Petagas bakal tingkat keselamatan penduduk – Shahelmey

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular