HomeSukanSUKMA 2024 : Skuad Sepak Takraw Sabah sasar bawa pulang empat pingat...

SUKMA 2024 : Skuad Sepak Takraw Sabah sasar bawa pulang empat pingat emas

Read Time:1 Minute, 9 Second

Kota Kinabalu : Skuad Sepak Takraw Sabah meletakkan sasaran untuk membawa pulang empat pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) di Sarawak menerusi kategori wanita.

Presiden Persatuan Sepak Takraw Negeri Sabah (ASTAKA), Roslie Ibrahim berkata, pihaknya optimis untuk meletakkan sasaran itu berdasarkan keupayaan pasukan wanita yang turut disegani beberapa pasukan lain di Malaysia.

“Pada tahun ini kita melihat bahawa pasukan SUKMA kita ini terutama pasukan wanita memang antara pasukan yang amat disegani oleh pasukan-pasukan lain di seluruh Malaysia.

“Ini kerana pada sesi ini kita juga berusaha untuk mengekalkan pencapaian pingat emas yang kita menangi sebelum ini. Sasaran kita kali ini kita ingin membawa semua pingat emas untuk kategori ini ke negeri Sabah,” katanya.

Roslie berkata, ia menerusi empat kategori yang akan dipertandingkan bagi kategori wanita dan menjadi antara penyumbang pingar kepada Sabah sebelum ini.

Katanya, pihaknya turut optimis untuk skuad lelaki menyumbang pingat bagi kontinjen Sabah pada temasya kali ini.

“Untuk katgeori lelaki kita juga ada menghantar pasukan bagi menyertai semua kategoti dan harapan kita agar pasukan lelaki ini juga akan menyumbangkan pingat bagi kontinjen Sabah,” katanya.

Pasukan lelaki Sepak Takraw Sabah akan berlepas ke Bintulu hari ini dan wanita akan bertolak pada hari esok.

SUKMA Sarawak 2024 akan berlangsung pada 17 hingga 24 Ogos 2024 melibatkan sembilan bahagian iaitu Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri serta mempertandingkan 37 jenis sukan- SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Sabah sentiasa cakna terhadap pembangunan belia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular