HomeSukanSUKUM mampu julang semangat, hubungan baik dalam kalangan warga universiti

SUKUM mampu julang semangat, hubungan baik dalam kalangan warga universiti

Read Time:1 Minute, 30 Second

Kota Kinabalu : Penganjuran temasya Sukan Staf Universiti Malaysia (SUKUM) dilihat mampu menyatu dan menjulang semangat erat hubungan baik dalam kalangan warga Universiti Awam (UA) di seluruh negara.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, aktiviti sukan juga membolehkan kakitangan terlibat dapat mengeratkan hubungan silaturahim selain bertukar idea serta mampu meningkatkan gaya hidup sihat,

Katanya, menerusi sukan juga ianya akan dapat meningkatkan lagi kesejahteraan hidup dalam kalangan kakitangan universiti dan negara secara keseluruhannya.

“Melalui sukan, semangat perpaduan kakitangan universiti terutamanya dalam membangunkan mutu sukan dan pendidikan peringkat universiti seterusnya negara dapat disemai dan dikekalkan bagi melahirkan generasi yang ceria dan harmoni.

“ Saya yakin dan percaya, SUKUM mampu memartabatkan sukan seiring pendidikan di negara ini. Penglibatan para pegawai dan atlet dalam kontinjen masing-masing dalam SUKUM ini amat membantu dalam pembangunan sukan negara melalui pembangunan prasarana, fasiliti sukan dan persediaan atlet,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kejohanan SUKUM kali ke-45 di Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini semalam.

Arifin yang juga Exco Pendidikan dan Agama berkata, sektor pendidikan tinggi negara harus terus menyumbang kepada pembangunan dan kecemerlangan pembangunan sukan negara dengan lebih bermakna.

“Ini kerana kita sedar, selain kekuatan dan ketahanan fizikal dan mental, pembangunan sektor sukan sangat turut berkait rapat dengan ilmu, penyelidikan, strategi dan teknologi,” katanya.

Terdahulu, Arifin berkata, penganjuran dan pengelolaan temasya seperti itu secara asasnya menggambarkan betapa sektor pendidikan tinggi negara mempunyai kepelbagaian bakat.

“Ini terutama dalam membina keterampilan kakitangan yang komprehensif dan berdaya saing secara sihat dan positif melalui aspek sukan.

“Secara jelas, selain menumpukan kepada tugas di universiti, sumbangan kepada masyarakat, hubungan yang erat dengan industri, sektor pendidikan tinggi negara turut memberi penekanan yang sangat besar kepada usaha menggilap potensi dan bakat dalam arena sukan, baik di peringkat universiti, kebangsaan mahupun di pentas dunia,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
PendapatUtama

Implikasi dan Cabaran Malaysia Sebagai Pasaran Pusat Data Ketiga Terbesar Asia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular