HomeUtamaTiga pegawai penguat kuasa ditahan reman lima hari, kes rasuah RM120,000

Tiga pegawai penguat kuasa ditahan reman lima hari, kes rasuah RM120,000

Read Time:57 Second

KOTA.KINABALU: Tiga pegawai penguat kuasa sebuah jabatan di negeri ini ditahan reman lima hari kerana disyaki menerima rasuah kira-kira RM120,000 bagi melindungi aktiviti penyeludupan rokok dan melepaskan barang penyeludupan.

Perintah tahanan reman selama lima hari bermula 12 hingga 16 Ogos 2024 terhadap ketiga-tiga suspek lelaki berusia 30 hingga 40-an itu dikeluarkan Majistret Aslianlydia Asneh selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu pagi tadi.

Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy berkata, kesemua suspek telah ditahan kira-kira jam 4 petang hingga 11 malam tadi dalam satu operasi yang dijalankan SPRM Sabah di Pekan Keningau.

“Tangkapan terbaharu yang melibatkan dua lagi pegawai penguat kuasa adalah susulan daripada tangkapan seorang pegawai penguat kuasa sebelum ini berkaitan kes yang sama iaitu disyaki meminta rasuah kira-kira RM120,000 bagi melindungi aktiviti penyeludupan rokok sekitar Keningau dan melepaskan lori serta barang penyeludupan yang telah ditahan oleh jabatan itu.

“Siasatan awal mendapati kesemua suspek yang direman hari ini dipercayai melakukan perbuatan tersebut baru-baru ini (Ogos 2024).

“kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009,” katanya dalam kenyataan hari ini.

RELATED ARTICLES
Utama

518 kes pokok tumbang berlaku di Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular