HomeSukan141 pengayuh sertai Kayuhan Berbasikal Merdeka

141 pengayuh sertai Kayuhan Berbasikal Merdeka

Read Time:49 Second

Penampang : Seramai 141 penggemar sukan berbasikal dari beberapa buah daerah di negeri ini telah menyertai acara kayuhan berbasikal merdeka pada program ‘Amazing Youth Race’ baru-baru ini.

Program yang diadakan sempena Hari Kebangsaan peringkat negeri Sabah itu telah berlangsung di perkarangan Hongkod Koisaan Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun Sabah (KDCA) di sini.

Pelepasan kayuhan sejauh 16 kilometer itu disempurnakan Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Sabah (Bahagian Sukan) Adanan Atin kira-kira jam 7 pagi.

Hadir sama Timbalan Setiausaha Tetap KBSS (Bahagian Belia) Charles William Dabbi dan Setiausaha Majlis Perbandaran Penampang Robert Malangking.

DBKK dalam satu kenyataan berkata, hubungan kerjasama strategik yang terjalin menerusi pelaksanaan acara itu dilihat mampu menyemarakkan lagi semangat patriotik terhadap negara dalam kalangan belia tempatan.

“Selain itu ia juga dapat mengamalkan gaya hidup sihat menerusi sukan berbasikal,” menurut kenyataan itu.

Dalam program anjuran KBS Sabah itu, DBKK Cycling Team telah mengetuai pengurusan teknikal dan marshall bagi memastikan ia berjalan dengan lancar, selamat dan teratur. – SABAH MEDIA / FOTO DBKK

RELATED ARTICLES
SukanUtama

Ram Singh dilantik sebagai Presiden Persatuan Memanah Negeri Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular