HomeUtamaDua lelaki warga Filipina dihukum penjara 12 bulan, miliki minyak petrol tanpa...

Dua lelaki warga Filipina dihukum penjara 12 bulan, miliki minyak petrol tanpa lesen

Read Time:1 Minute, 6 Second

SEMPORNA: Dua individu lelaki warga Filipina dijatuhkan hukuman penjara 12 bulan di Mahkamah Sesyen Tawau hari ini atas kesalahan memiliki barang kawalan minyak petrol tanpa lesen.

Tertuduh Manan Ahmad , 30, dan Roslan Gapul, 50, membuat pengakuan bersalah itu di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Tawau, Rosli Ahmad.

Kedua-dua tertuduh mengaku bersalah atas kesalahan berurusan barang kawalan minyak petrol masing-masing sebanyak 1,050 liter di dalam jerikin secara runcit atau borong tanpa lesen yang mana menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 20 (1), Akta Kawalan Bekalan 1961 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 22 (1) Akta yang sama.

Hakim telah menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan masing-masing ke atas setiap orang yang dituduh iaitu Manan dan Roslan yang kedua-duanya juga tidak memiliki dokumen pengenalan diri.

Menurut Ketua Pegawai Penguatkuasa Daerah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Semporna, Jong Jee Leong dalam kenyataan medianya hari ini, kedua-dua tertuduh juga diperintahkan untuk dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk tindakan selanjutnya sebaik sahaja selesai menjalani hukuman.

“Pendakwaan bagi kes ini telah dijalankan oleh Pegawai Pendakwa KPDN Semporna iaitu Delmansyah Syarifuddin.

“Tangkapan suspek dan rampasan barang kes tersebut dilakukan di Perairan Pulau Boheyan dan Pulau Timba-Timba, Semporna oleh Pasukan Serbuan daripada Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 14, Semporna dan kemudian diserahkan kepada pihak KPDN Semporna untuk siasatan lanjut.

RELATED ARTICLES
Utama

Tiada murid SK Likas terlibat dengan kebocoran gas disyaki Ammonia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular