HomeSukanHSN Sabah sasar penyertaan lebih 528,000 orang seluruh negeri

HSN Sabah sasar penyertaan lebih 528,000 orang seluruh negeri

Read Time:1 Minute, 39 Second

Kota Kinabalu : Hari Sukan Negara (HSN) peringkat negeri Sabah yang akan berlangsung di Kompleks Sukan Keningau pada 12 Oktober depan mensasarkan pembabitan lebih 528,000 orang di negeri ini untuk menyertai.

Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin berkata,  HSN itu turut memberi fokus penyertaaan kepada pelbagai lapisan masyarakat bermula peringkat kanak-kanak sehingga warga emas.

“Mesyuarat pada hari ini telah menetapkan bahawa Keningau akan menjadi tuan rumah di peringkat negeri Sabah bertempat di Kompleks Sukan Keningau pada 12 Oktober depan.

“Justeru kita menjangkakan lebih daripada 528,000 penyertaan rakyat di seluruh negeri Sabah.  Sudah tentu kita juga menjemput orang ramai terutamanya warga emas yang berumur 60 tahun ke atas, rakan muda 13 hingga 30 tahun untuk turut sama menyertai,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di pejabatnya di sini hari ini.

Hadir sama Pembantu Menteri Belia dan Sukan Datuk Fairuz Renddan.

Ellron berkata, selain aktiviti sukan, pelbagai pameran turut diadakan pada HSN itu khususnya produk-produk yang berkaitan dengan sukan.

Katanya, antara pengisian program sempena HSN itu termasuklah program utama (IKONIK) seperti senamrobik; larian untuk negara; Ride HSN; Berjalan Ria Madani; Mega Aerobic Challenge; Sukan Tradisional; Program Master Sport dan pelbagai aktiviti yang dirancang

“Kita juga akan usahakan supaya dapat diadakan juga berhubung sukan tradisi dimana ia bukan sahaja diadakan semasa kaamatan,  Tetapi di hari sukan negara ini, kita juga perlu. Supaya anak-anak muda ini kenal apa itu sukan tradisi.

“Jadi kita perlu amalkan supaya dia tidak hilang ditelan zaman,” katanya.

Dalam pada itu, Ellron berharap penyertaan dalam aktiviti – aktiviti sukan yang telah disusun akan mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat seluruh Negeri Sabah khususnya masyarakat di kawasan Pedalaman Atas Keningau. 

“Oleh itu saya percaya ini akan menyemarakkan lagi Sambutan Hari Sukan Negara pada tahun ini,” katanya.

Terdahulu, Ellron berkata, penyertaan bagi semua aktiviti sukan pada HSN adalah percuma.

Hadiah disediakan bagi beberapa penyertaan aktiviti utama dan setiap penyertaan akan menerima sijil digital atau e-Cert HSN 2024. – SABAH MEDIA / FOTO KBS

RELATED ARTICLES
Sukan

Sabah sentiasa cakna terhadap pembangunan belia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular