HomeIsu tempatanPengurusan KYS komited dalam aspek keselamatan, kesihatan pekerjaan di tempat kerja

Pengurusan KYS komited dalam aspek keselamatan, kesihatan pekerjaan di tempat kerja

Read Time:47 Second

Kota Kinabalu: Pengurusan Kumpulan Yayasan Sabah (KYS) sentiasa menekankan kepentingan aspek Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) di tempat kerja.  

KYS dalam satu kenyataan berkata, ia bertujuan bagi melindungi para pekerja daripada berlakunya kemalangan, kecederaan, dan pendedahan kepada bahan berbahaya  dengan mengenal pasti dan mengurangkan hazard di tempat kerja.

Dalam hal ini, seramai 47 orang Pegawai Perhubungan KKP dilantik sebagai pemberi maklumat berkaitan isu-isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan

Selain itu, pegawai dilantik juga bertanggungjawab membantu melaksanakan pemeriksaan di pejabat masing-masing sekiranya terdapat sebarang kemalangan yang berlaku.

Penyampaian jaket keselamatan kepada Pegawai Perhubungan KKP tersebut disempurnakan Pengarah Yayasan Sabah, Dato’ Sri Gulamhaidar Khan Bahadar di sini semalam dalam satu majlis di Teater Tun Hamdan, Menara Tun Mustapha.

Dalam majlis sama, dua buah kerusi roda turut diserahkan Gulamhaidar untuk ditempatkan masing-masing sebuah di Kaunter Keselamatan Menara Tun Mustapha dan sebuah lagi di Kaunter Keselamatan Wisma Innoprise untuk kegunaan semasa kecemasan. –SABAH MEDIA / FOTO KYS

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

‘Idola Darau’ akan dikembangkan lagi tahun depan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular