HomeSukanSUKMA 2024 : Emas pertama dalam Wushu, Berbasikal bakal jadi rebutan esok

SUKMA 2024 : Emas pertama dalam Wushu, Berbasikal bakal jadi rebutan esok

Read Time:1 Minute, 13 Second

Kuching : Sebanyak lapan pingat emas bakal dipertandingkan esok menerusi wushu dan berbasikal lebuh raya.

Kedua-dua sukan itu dijangka menjadi tumpuan utama apabila barisan atlet terbaik dari seluruh negara bakal bersaing untuk meraih emas berprestij.

Sejumlah enam pingat emas dalam disiplin taolu (rutin) menjadi rebutan esok bagi sukan wushu yang menggabungkan elemen seni mempertahankan diri dan estetika pergerakan, selain memerlukan kemahiran tinggi, ketepatan dan fokus mental luar biasa.

Bagi wushu, Sabah akan diwakili Sien Lee bagi acara Nanquan lelaki; Cassandra Wong Ya Li dan Isabelle Solibun menerusi acawa Tijijian wanita.

Selain itu, Sabah juga akan menurubkan Avey Avylla Laban menerusi acara Changqun wanita; Ericsson Bong Cheng Loong dan Sien Zhang Lee bagi acara sama katehpri lelaki dan semua atlet terlibat akan bertanding dalam disiplin taolu.

Gelanggang akan mula ‘dibuka’ seawal jam 9 pagi di Dewan Wushu SSC, Petra Jaya Kuching dan akan turut mempertandingkan disiplin sanda (pertempuran) menerusi atlet Nur Syazrin Putra Jefri bagi kategori 70 kilogram bertemu wakil Wilayah Persekutuan.

Sementara itu, Lebuh Raya Pehin Sri Adenan Satem bakal menjadi pentas utama acara berbasikal lebuh raya menerusi acara ujian masa lelaki dan wanita, dengan para pelumba dijangka dilepaskan pada 9 pagi.

Bagi acara berbasikal lebuh raya, Sabah akan diwakili Nur Dini Nazifa Ag Ali dan Nurwahidah Ozri menerusi Ujian Masa Perseorangan sejauh 29.9 kilometer.

Beberapa acara lain turut berlangsung esok antaranya Boling Padang; Kriket; Futsal; Bola Sepak Wanita; Bola Sepak Lelaki; Muay Thai; Sepak Takraw dan Softball. – SABAH MEDIA / FOTO MSN Sabah

RELATED ARTICLES
SukanUtama

Ram Singh dilantik sebagai Presiden Persatuan Memanah Negeri Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular