HomeSukanSUKMA 2024 : Pasukan boling padang Sabah mulakan aksi cemerlang

SUKMA 2024 : Pasukan boling padang Sabah mulakan aksi cemerlang

Read Time:57 Second

Kota Kinabalu : Pasukan boling padang Sabah memulakan aksi hari pertama dengan cemerlang menerusi kategori beregu lelaki dan berempat wanita pada pusingan peringkat kumpulan pagi tadi.

Beregu lelaki yang diwakili Asmirul Arispadillah dan Muhammad Afif Aiman Mohd Affendy berjaya memperoleh 14 mata menewaskan lawan dari Melaka yang memperoleh 13 mata.

Sementara pasukan berempat boling padang wanita Sabah terdiri daripada Adilah Justine; Nur Zarifah Wajihah Zaidi; Nurafeqah Qhalisah Alham; Nuremilda Jazeemi Jali @ Jalit dan Nurnajmi Jannah Jali @ Jalit menewaskan pasukan Negeri Sembilan dengan keputusan 15-8.

Selain itu beberapa kategori lain turut dipertandingkan diperingkat kumpulan antaranya, bertiga lelaki yang tewas kepada Perak 12-13; perseorangan wanita tewas kepada Melaka (0-7); bertiga lelaki tewas kepada Wilayah Persekutuan (9-19) dan berempat wanita turut tewas kepada Perak dengan Keputusan 6-18.

Perseorangan wanita yang diwakili Suzileyana Zosmi @ Ronny sekali lagi tewas kepada Perak dengan keputusan 0-7; bertiga lelaki tewas kepada Kedah (10-14); beregu lelaki tewas kepada Perak 14-15 dan Suzileyana tewas lagi kepada Kedah 0-7.

Sementara itu, pasukan Futsal Sabah tewas kepada Melaka dengan jaringan 5-9 yang berlangsung di Stadium Tertutup Kota Samarahan pagi tadi. – SABAH MEDIA / FOTO KBSS

RELATED ARTICLES
Sukan

Liga Super 2024 : Kim Swee belum puas hati pada bahagian...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular