HomeUtamaTujuh kenderaan dirempuh, seorang cedera

Tujuh kenderaan dirempuh, seorang cedera

Read Time:1 Minute, 5 Second

TAWAU: Polis menahan seorang suspek pemandu lelaki disyaki di bawah pengaruh dadah selepas memandu secara melulu dan merempuh tujuh buah kenderaan dalam satu kejadian yang berlaku di Batu 3 Jalan Apas dekat sini petang Isnin.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten komisioner, Jasmin Hussin berkata, pihak polis menerima panggilan mengenai kejadian kemalangan itu pada jam lebih kurang 5.15 petang kelmarin (12 Ogos).

“Dimaklumkan kemalangan jalan raya berlaku di Batu 3 Jalan Apas, Tawau membabitkan tujuh buah kenderaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutmya, siasatan awal di tempat kejadian, mendapati kemalangan berlaku jam lebih kurang 5.07 petang itu ketika pemandu seorang lelaki berumur 32 tahun memandu kenderaan jenis Perodua Kenari dari arah Jalan Apas menuju ke Bandar Tawau, apabila menghampiri Mini Market 99 di Batu 3 Jalan Apas, pemandu Kenari telah memandu secara melulu dan merempuh tiga kenderaan yang sedang parkir , tiga kenderaan yang sedang bergerak termasuk sebuah motosikal.

Katanya, dalam kemalangan tersebut hanya seorang penunggang motosikal lelaki berumur 26 tahun mengalami kecederaan di kedua belah tangan dan bahagian lutut.

“Siasatan lanjut mendapati masa kemalangan suspek memandu kenderaan di bawah pengaruh dadah. Suspek di tangkap untuk siasatan lanjut.

“Pihak Polis masih meneruskan siasatan. Kes disiasat di bawah Seksyen 44 (1) (a)Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Pesta Tanglung, Hari Malaysia platform penting semarak semangat cinta negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular