HomeIsu tempatanMaritim Malaysia tahan vesel disyaki bawa barang kawalan tanpa dokumen sah

Maritim Malaysia tahan vesel disyaki bawa barang kawalan tanpa dokumen sah

Read Time:1 Minute, 2 Second

Sandakan: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya menahan sebuah vesel kargo tempatan kerana disyaki membawa barang kawalan tanpa dokumen yang sah di perairan Sandakan, semalam.

Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Muhamad Suhairy Hussain berkata, dalam operasi yang dijalankan pihaknya telah mengesan sebuah vesel dalam keadaan mencurigakan berhampiran Pulau Berhala, Sandakan.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati vesel terbabit telah melakukan kesalahan kerana melanggar syarat sah lesen iaitu menambah ruangan dan mengubah suai tangki simpanan minyak.

“Pemeriksaan lanjut seterusnya menemui barang kawalan bersubsidi disyaki minyak diesel dianggarkan berjumlah 2,200 liter di dalam tangki minyak yang telah diubah suai.

“Susulan itu, dua lelaki warga tempatan berusia 40 dan 50 tahun ditahan pada jam 9.50 pagi di kedudukan 1.2 batu nautika timur laut Pulau Berhala kerana gagal mengemukakan surat kebenaran atau dokumen yang sah untuk membawa barang kawalan tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini.

Suhairy berkata, nilai rampasan termasuk barang kawalan dan vesel dianggarkan berjumlah lebih RM54,000.

Katanya, kesemua rampasan dibawa masuk ke Jeti Zon Maritim Sandakan dan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk siasatan di bawah Enakmen Pelabuhan dan Dermaga 2002 kerana melanggar syarat sah lesen dan Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana membawa barang kawalan tanpa dokumen yang sah. – SABAH MEDIA / FOTO MARITIM MALAYSIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

‘Idola Darau’ akan dikembangkan lagi tahun depan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular