HomeUtamaMIISMAN ruang cungkil bakat baru dalam kalangan pelajar SMAN

MIISMAN ruang cungkil bakat baru dalam kalangan pelajar SMAN

Read Time:1 Minute, 25 Second

Papar : Penganjuran Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah Menengah Agama Negeri (MIISMAN) dilihat memberi banyak faedah dalam usaha bagi mencungkil bakat baru khususnya dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN).

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, menerusi program itu juga ianya turut diyakini dapat melahirkan pelajar yang nampu memiliki daya saing dan berketerampilan.

Selain itu katanya, program itu juga dapat menguji kecerdasan minta serta mengasah bakat selain kemahiran yang terpendam selama ini.

“Menerusi penganjuran MIISMAN ini juga membuktikan kecintaan dan kesungguhan kita dalam menjunjing budaya ilmu seterusnya mengagungkan mukjizat Al-Quran dan memartabatkan bahasa Al-Quran itu sendiri iaitu bahasa arab.

“Selain itu kita juga mengharapkan melalui aktiviti seumpama ini ianya mampu memupuk semangat kental dalam kalangan pelajar untuk berkomunikasi serta berkeyakinan berhadapan dikhalayak umum.

“Buktinya kita telah ramai melahirkan ilmuan dan cendikiawan Islam yang serba boleh sama ada dalam bidang pentadbiran, pendidikan, perubatan, pensyarah dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan penangguhan MIISMAN Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) di SMAN Islamiah Papar di sini hari ini.

Sebanyak enam acara telah dipertandingkan dalam majlis itu.

Antaranya, Tilawah Al-Quran; Hafazan; Syarahan Dalam Tiga Bahasa; Penulisan Seni Khat; Bahas Ala Parlimen dan Pertandingan Nasyid.

Arifin yang juga Exco Pendidikan dan Agama Sabah berkata,  pencapaian peserta SMAN negeri Sabah di Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah Menengah Agama Malaysia (MIISMAM) peringkat Kebangsaan sebelum ini amat membanggakan.

“Ianya dengan meraih Johan Pertandingan Khat Kategori Lelaki dan Naib Johan Kategori Perempuan selain Naib Johan Syarahan Bahasa Inggeris Kategori Perempuan.

“Syabas dan tahniah semoga lebih cemerlang di MIISMAM Kebangsaan yang akan berlangsun pada 13 – 15 September ini di Maahad Johor, Johor Darul Takzim,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO JHEAINS

RELATED ARTICLES
Utama

518 kes pokok tumbang berlaku di Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular