HomeIsu tempatanNDRC UMS perkasa kajian lapangan bencana banjir

NDRC UMS perkasa kajian lapangan bencana banjir

Read Time:1 Minute, 11 Second

Kota Kinabalu: Pusat Kajian Bencana Alam (NDRC), Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menjalankan kajian lapangan dan tinjauan kawasan bencana banjir di Penampang baru-baru ini. 

Pengarah NDRC, UMS, Prof. Madya Ts. Gs. Dr. Carolyn M. Payus berkata, kajian lapangan dan pemetaan di kawasan banjir ini merupakan salah satu aktiviti penyelidikan yang dijalankan oleh NDRC dalam memantapkan Pangkalan Data Bencana NDRC yang telah dibangunkan oleh Pusat ini semenjak tahun 2009. 

“Selain itu, aktiviti ini bertujuan untuk menganalisis punca atau sebab berlakunya sesuatu bencana alam, di samping melihat impak dan bekas peninggalan bencana tersebut.

“Di samping itu, maklumat ini penting bagi tujuan penyelidikan bencana, khususnya kawasan banjir di Penampang, selain menjadi sebagai pusat rujukan atau focal point kepada para penyelidik yang lain,” katanya. 

Dalam kajian lapangan tersebut, para penyelidik NDRC UMS telah melawat kawasan-kawasan yang terjejas dan terkesan teruk akibat bencana banjir yang telah melanda daerah Penampang pada 30 Jun yang lalu. 

Kawasan-kawasan yang terkesan adalah di sekitar Pekan Donggongon, Balai Polis Penampang, Kg. Babagon, Kg. Inobong, Kg. Pukakon Inobong, Kg. Pangasakan, Kg. Pogunon, Taman Seri Vista Kiranau dan Kg. Nampasan. 

Antara yang terlibat dalam kajian tersebut Ketua Kluster Banjir NDRC, Dr. Janice Lynn Ayog; Ketua Kluster Gempa Bumi NDRC, Ir. Ts. Dr. Noor Sheena Herayani Harith; Pegawai Penyelidik NDRC Eldawaty Madran; Pelajar Pascasiswazah Fakulti Kejuruteraan UMS, Rosdianah Ramli; dan wakil komuniti dari Penampang, Kenneth Chung. – SABAH MEDIA / FOTO UMS

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Pengurusan bencana gempa bumi di Sabah terus diperkukuh

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular