HomeSukanSUKMA 2024 : Tiga atlet Wushu Sabah harapan hadiahkan pingat

SUKMA 2024 : Tiga atlet Wushu Sabah harapan hadiahkan pingat

Read Time:1 Minute, 16 Second

Kuching : Tiga atlet wushu Sabah bakal menghadiahkan pingat sama ada emas atau perak pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak selepas mereka berjaya layak ke peringkat akhir dalam acara sanda esok.

Tiga atlet yang sudah menjanjikan pingat itu ialah Amirah Sofea Azlan, Dione Babyline Fely dan Fyenlly Himon.

Pengurus pasukan, Ronald James Tee Chee Xiang berkata, ia adalah pencapaiaan di luar jangka kerana sandaran utama hanya dua iaitu Amirah dan Fyenlly.

“Sekarang kita ada tiga finalis dalam acara sanda dan tentunya ini sangat menggembirakan. Sasaran pasukan sanda kita adalah tiga pingat dan ia sudah dicapai selepas tiga atlet ini berjaya ke separuh akhir untuk sah sudah ada pingat gangsa dalam genggaman.

“Sekarang harapan warna pingat meningkat selepas kemenangan di separuh akhir ini. Ia kini sama ada pingat emas atau perak, kami kini bertekad buru warna pingat yang lebih baik, kami akan cuba beri yang terbaik,” katanya.

Pertarungan separuh akhir hari ini menyaksikan Amirah mengalahkan Intan Nur Alysha Sauty (Terengganu) dalam  kategori 48kg wanita. Lawannya di final ialah peserta Selangor, Batrisya Izzati Mohd Nasir.

Dione pula menang ke atas Lim You Mei (Johor) kategori 52kg wanita untuk berhadapan seorang lagi peserta Selangor di final, Felicity Wong Xin Nee.

Sementara itu, Fyenlly menewaskan Muhd Baihaqi Himi Mohd  (Terengganu) kategori 52kg lelaki untuk membuat perhitungan terakhir di final menentang peserta tuan rumah Sarawak, Bong Shien Hiu.

Peringkat akhir akan dijadualkan berlangsung esok (16 Ogos) di venue sama di Stadium Wushu di sini.

Sehingga jam 7.30 malam ini, Sabah masih belum memperolehi sebarang pingat. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Piala Malaysia : Perlawanan ini sangat penting – Martin

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular