HomeUtamaUCSF, MASTRA jalin kerjasama kaji kemajuan sektor maritim

UCSF, MASTRA jalin kerjasama kaji kemajuan sektor maritim

Read Time:1 Minute, 7 Second

Kota Kinabalu : Kolej Universiti Yayasan Sabah (UCSF) dan Persatuan Strategik Maritim Malaysia (MASTRA) menjalinkan kerjasama bagi membuat kajian untuk kemajuan sektor maritim.

Pengerusi Lembaga Pengarah dan Lembaga Pengelola UCSF, Datuk Dr. Mohd Yaakub Johari berkata, kerjasama melalui Pusat Pengajian Pembangunan Sabah (CDS) itu memfokuskan kepada pembangunan industri maritim di negeri ini.

“UCSF bekerjasama dengan pihak yang memang mempunyai kepakaran dalam industri maritim dari segi keselamatan. Daripada input-input kerjasama ini kita cuba bantu menyumbang kepada pembangunan kerajaan negeri melalui sektor Ekonomi Biru dalam agenda Sabah Maju Jaya.

“Di samping itu, kita juga membincangkan secara terperinci beberapa keperluan seperti mewujudkan lebih banyak kepakaran dan kemahiran dalam industri maritim di Sabah kerana buat masa sekarang belum ada Institusi Pengajian Tinggi yang menawarkan kursus dalam bidang maritim.

“Ini perlu bukan sahaja dari segi industri tetapi juga dalam aspek keselamatan yang juga perlu kita faham dari segi perundangan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu, di sini.

Di samping itu, Yaakub berkata, hasil dapatan dan pemerhatian kajian akan disalurkan untuk pertimbangan kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan.

Hadir sama, Pengerusi MASTRA, Laksamana Pertama Datuk Dr. Ir Murad Omar, Bendahari MASTRA, Laksamana Pertama Datuk Ir. Wan Othman Wan Abdul Rahman, Naib Canselor UCSF, Dr. Rafiq Idris dan Pengarah Eksekutif MYJ Tau System Sdn. Bhd.

RELATED ARTICLES
Utama

518 kes pokok tumbang berlaku di Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular