HomeUtamaDua lelaki Myanmar didakwa bunuh rakan senegara di restoran

Dua lelaki Myanmar didakwa bunuh rakan senegara di restoran

Read Time:55 Second

BALIK PULAU: Dua pekerja restoran warga Myanmar dihadapkan ke Mahkamah Majistret Pulau Pinang atas pertuduhan membunuh rakan senegara di tempat kerja mereka, awal bulan ini.

Lay Zin Ton, 24 dan Myo Kyaw Hein, 20, mengangguk faham selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret, Chia Huey Ting.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada kedua-dua lelaki terbabit kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Berdasarkan pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa telah mencapai niat bersama untuk membunuh seorang lelaki rakyat Myanmar, Saw James.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Restoran Genting Hill Leisure Park, Jalan Teluk Kumbar, Bayan Lepas pada 4 Ogos antara jam 11 malam hingga 3 pagi, 5 Ogos lalu.

Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara maksimum 40 tahun dan sekiranya dikenakan hukuman penjara, hendaklah dihukum minimum 12 sebatan, jika sabit kesalahan

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, R Lushani manakala, tertuduh tidak diwakili peguam lapor portal Berita harian.

Mahkamah menetapkan 3 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan penyerahan laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

RELATED ARTICLES
Utama

Pesta Tanglung, Hari Malaysia platform penting semarak semangat cinta negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular