HomeUtamaGolongan muda diseru hayati sejarah kemerdekaan, negeri Sabah

Golongan muda diseru hayati sejarah kemerdekaan, negeri Sabah

Read Time:1 Minute, 10 Second

Putatan : Golongan muda diseru untuk terus menghayati serta mempelajari sejarah tentang kemerdekaan dan juga negeri Sabah.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, perjuangan pejuang-pejuang kemerdekaan dahulu perlu dihargai oleh semua orang khususnya golongan muda.

“Keharmonian serta kesejahteraan yang diwarisi dari dulu hingga ke hari ini perlu dikekalkan selain kedaulatan negara dan negeri Sabah hendaklah terus dipelihara.

“Pada tahun ini, Sambutan Hari Sabah yang julung kali diadakan turut akan disambut serentak pada 31 Ogos bagi menghargai  pengorbanan pejuang-pejuang kemerdekaan yang berjasa kepada negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian dan Pelancaran Bulan Kemerdekaan, Hari Sabah di Dewan Sri Putatan di sini semalam.

Shahelmey yang juga Ahli Parlimen Putatan turut menyarankan golongan muda supaya bijak memanfaatkan teknologi maklumat dan digital bagi mengelak menggunakannya ke arah yang negatif.

“Maklumat-maklumat yang diperolehi perlu digunakan sebaiknya oleh golongan muda agar dapat mengeratkan dan mengukuhkan lagi perpaduan di kalangan masyarakat setempat.

“Golongan dewasa juga diharapkan dapat membantu golongan muda agar tidak mudah terpengaruh dengan unsur-unsur negatif yang boleh disebarkan melalui platform digital,” katanyam

Beliau yang juga Menteri Kerja Raya turut menyeru agar setiap masyarakat agar mengibarkan Jalur Gemilang dan bendera Sabah dengan bangga sebagai tanda cintakan negara serta negeri.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri Petagas, Datuk Awang Sah Awang Sahari, Penolong Pegawai Kanan Majlis Daerah Putatan, Mohamad Ikram Aidi, Timbalan Polis Penampang, DSP Erwansyah Abdul Basir.

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

Capital A Hantar Pelan Pemulihan kepada Bursa Malaysia untuk Keluar dari...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular