HomeUtamaKPDN Sandakan catat nilai rampasan lebih RM2.7 juta

KPDN Sandakan catat nilai rampasan lebih RM2.7 juta

Read Time:1 Minute, 38 Second

Sandakan : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) cawangan Sandakan mencatatkan nilai rampasan sebanyak lebih RM 2.7 juta atas pelbagai kesalahan yang direkodkan sejak 1 Januari sehingga semalam.

KPDN Sandakan dalam satu kenyataan berkata, dari jumlah itu sebanyak 130 kes telah berjaya dihasilkan menerusi pemeriksaan dan penguatkuasaan yang dilaksanakan sejak awal tahun ini.

“Dari segi tindakan kompaun, sebanyak 66 kes telah dikompaun berikutan pelbagai kesalahan di bawah undang-undang yang dikuatkuasakan oleh KPDN. Jumlah nilai kompaun keseluruhannya adalah sebanyak RM39,300.

“Selain itu, sejak awal tahun sehingga kini, dua kes telah didakwa di mahkamah dan kedua-dua kes berkenaan telah disabitkan kesalahan oleh mahkamah dan didenda berjumlah RM24,000,” menurut kenyataan itu di sini semalam.

KPDN Sandakan menambah, sepanjang tempoh 1 Januari hingga semalam, sebanyak 103 aduan telah diterima dan daripada 103 aduan tersebut, 90 aduan (87.37 peratus) telah disiasat dan diselesaikan manakala 13 aduan lagi sedang dalam siasatan.

“Para peniaga telah dinasihatkan supaya menjalankan perniagaan secara beretika dan mematuhi undang-undang khususnya yang dikuatkuasakan oleh KPDN.

“Para pengguna pula dinasihatkan agar mempunyai kesedaran tentang hak-hak sebagai pengguna serta berperanan sebagai mata dan telinga dalam membantu KPDN mengawalselia aktiviti perniagaan dalam negeri.

“Para pengguna adalah disarankan juga untuk menggunakan aplikasi Price Catcher yang dapat membantu dalam membuat perbandingan harga barangan di pasaran sebelum berbelanja. Aplikasi Price Catcher boleh dimuat turun melalui play store untuk pengguna android dan app store untuk pengguna IOS,” tambah kenyataan itu lagi.

Terdahulu,Pengarah Pejabat KPDN Sabah semalam turut membuat lawatan ke pasar raya Mydin dan Pasar Besar Batu 8, Bandar Sibuga Jaya di Sandakan bagi meninjau serta memeriksa bekalan barang-barang kawalan dan keperluan asas agar sentiasa mencukupi, mudah didapati dan dijual pada harga berpatutan.

Dalam tinjauan itu, satu tindakan kes di bawah Akta Timbang Dan Sukat 1972 telah diambil terhadap seorang peniaga selepas pemeriksaan mendapati peniaga terbabit telah menggunakan satu unit alat timbang neraca spring yang tidak ditentusahkan untuk tujuan perdagangan. – SABAH MEDIA / FOTO KPDN Sandakan

RELATED ARTICLES
Utama

Projek Sistem Penyimpanan Tenaga Bateri (BESS) Sabah: Isu Ketelusan dan Kebimbangan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular