HomeUtamaProjek pembangunan BCS di Tongod bermula awal September depan

Projek pembangunan BCS di Tongod bermula awal September depan

Read Time:1 Minute, 36 Second

KOTA KINABALU: Projek pembangunan Borneo Cement (Sabah) Sdn Bhd (BCS) yang bakal mengubah landskap daerah Tongod akan memulakan kerja-kerja tanah dan pembersihan hutan bermula awal September depan.

Pengarah Urusan BCB, Michael Kinsuan berkata, Pelan Penyediaan Tapak telahpun diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sabah, berkuatkuasa 19 Julai membolehkan kontrak fasa pertama dilaksanakan.

Menurutnya, Pengerusi BCS, Datuk Masiung Banah telahpun dimaklumkan berhubung perkara itu dan beliau mengarahkan kerja-kerja segera dijalankan selepas pengukuran sempadan selesai.

Michael berkata, bagi mempercepatkan fasa pertama, semua kerja akan jalankan serentak termasuk meratakan tapak kilang, lombong kuari, jalan raya, elektrik dan tali air.

” Kami baharu sahaja memperolehi kelulusan sijil Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) dari Putrajaya pada Februari lalu membolehkan kilang menjalankan operasi.

“Bagaimanapun, pembinaan jalan raya, elektrik, air dan menara telekomunikasi perlu disiapkan terlebih dahulu bagi memudahkan perhubungan, ” katanya semasa ditemui di pejabatnya, kelmarin.

Tambah beliau, semua pelan kontrak yang dilaksanakan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dipantau rapi oleh EIA dan JAS Sabah.

Katanya, rangkaian jalan raya akan dibina daripada Kampung Matiku, Nabawan ke tapak kilang di Kampung Kayawoi sejauh 26 kilometer.

Michael berkata, JAS juga telahpun meluluskan lesen kuari dan penyelidikan tanah sebagai pakej pelaburan kilang klinker dan simen yang menelan belanja RM1.2 juta itu.

Menurutnya, tenaga elektrik 40 megawatt (MW) akan disambung dari Nabawan sejauh 39 kilometer yang dibina serentak dengan talian internet sejauh 60 kilometer yang merintangi beberapa buah perkampungan.

Mengulas lanjut, Michael berkata, BCS juga akan membina ampangan dan loji rawatan air sendiri daripada sungai berdekatan.

Katanya, semua infrastruktur dan fasiliti yang dibina akan memberi kemudahan kepada penduduk sekitar.

” Kontrak kerja fasa pertama ini akan mengambil masa kira-kira setahun sebelum operasi kilang diaktifkan, ” katanya.

Menurut Michael lagi, operasi kilang hanya akan bermula seawal Januari 2026.

“Kilang simen itu akan dilengkapi dengan mesin automatik dan akan dikawal secara digital.

“Stone Roller Conveyor (Penghantar Rolling Batu) akan digunakan sepanjang 3.0 kilometer dari kuari klinker ke kilang pemprosesan simen,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Bersatu dalam meraikan kepelbagaian dan kepercayaan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular