HomeSukanSUKMA 2024 : Tiga atlet wushu Sabah hadiahkan pingat emas

SUKMA 2024 : Tiga atlet wushu Sabah hadiahkan pingat emas

Read Time:1 Minute, 5 Second

Kuching : Sabah berjaya meraih tiga pingat emas menerusi atlet wushu bagi acara Sanda masing-masing bagi kategori wanita dan lelaki yang berlangsung di Stadium Wushu di sini petang tadi.

Pingat itu dihadiahkan menerusi atlet Amirah Sofea Azlan bagi kategori wanita 48 kilogram; Dione Babyline Fely (wanita 52 kilogram) dan Fyenlly Himon (lelaki  52 kilogram).

Dione ketika ditemui mengakui rasa bersyukur dengan pencapaian yang dicapai selain tidak menyangka untuk meraih pingat emas pada temasya yang pertama kali disertainya.

Amirah Sofea Azlan (kiri tiga) ketika menerima pingat emas – Foto KBS Sabah

“Ini SUKMA pertama saya dan saya bersyukur, tidak sangka saya boleh dapat emas.  Terima kasih kepada jurulatih yang kasih latihan saya.

“Coach Alex dan Coach Safuan.  Mereka yang banyak ajar saya tentang Sanda dari saya tidak tahu apa-apa sampai dapat ‘basic’ Sanda, sehinggalah saya boleh fight,”katanya.

Selain pingat emas, Sabah turut berjaya meraih pingat Perak menerusi atlet Wushu Ercisson Bong Cheng Loong dalam acara Toulu Gunshu Lelaki pagi tadi.

Ercisson Bong Cheng Loong – Foto KBS Sabah

Dua lagi pingat gangsa dihadiahkan menerusi atlet Tenpin Boling lelaki perseorangan, Emmanuel Fo dan pasukan berempat boling padang wanita.

Sehingga jam 7.30 malam ini, Sabah menduduki tangga ketujuh dengan pungutan tiga pingat emas; satu perak dan dua gangsa. – SABAH MEDIA / FOTO LV-KBS Sabah

RELATED ARTICLES
Sukan

Piala Malaysia : Perlawanan ini sangat penting – Martin

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular