HomeIsu tempatan25 peserta sertai kursus asas penyelenggaraan penghawa dingin kereta

25 peserta sertai kursus asas penyelenggaraan penghawa dingin kereta

Read Time:1 Minute, 4 Second

Beaufort : Seramai 25 peserta terdiri daripada pelbagai lapisan usia berjaya menamatkan kursus asas penyelenggaraan penghawa dingin kereta di sini semalam.

Kursus yang ditaja Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Negeri Sabah itu telah dikendalikan Sharif Perchaya Enterprise.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam ketika merasmikan penutupan kursus itu berkata, pihaknya berharap agar semua peserta terlibat dapat memanfaatkan segala ilmu dan tips yang telah di sampaikan.

“Saya yakin ada di kalangan peserta ada perusahaan penghawa dingin kereta dan juga sebahagian lagi datang untuk menimba ilmu.

“Apa yang penting dengan berbekal sedikit ilmu ini saya mahu peserta tingkatkan lagi kemahiran ini untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti kepada masyarakat,” katanya.

Ruslan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan berkata, program itu juga merupakan sebahagian daripada hala tuju kerajaan yang ingin melihat masyarakat dapat meningkatkan sumber ekonomi melalui pelbagai program kemahiran khususnya golongan belia bagi melahirkan pekerja mahir atau memiliki perusahaan sendiri.

“Saya berharap kepada semua peserta kursus agar terus sentiasa mencari ruang dan peluang untuk meningkatkan lagi kemahiran dalam bidang ini.

“Semoga dengan adanya kursus ini dapat meningkatkan lagi sumber ekonomi diri, keluarga dan masyarakat setempat.

“Saya ucapkan tahniah kepada semua peserta kerana berjaya menamatkan kursus jangka pendek ini yang bermula sejak hari Isnin lalu sehingga hari ini (semalam),” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Pengurusan bencana gempa bumi di Sabah terus diperkukuh

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular