HomeUtamaGagasan Rakyat Bahagian Likas digesa perkukuh jentera parti - Mohammad Bahrin

Gagasan Rakyat Bahagian Likas digesa perkukuh jentera parti – Mohammad Bahrin

Read Time:1 Minute, 36 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Semua ahli-ahli Parti Gagasan Rakyat Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Likas digesa untuk memantapkan usaha bagi memperkukuhkan jentera parti itu sekali gus meningkatkan bilangan ahli di setiap cawangan.

Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Likas, Mohammad Bahrin Abd Karim berkata, ini untuk memastikan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kekal menjadi tampuk pimpinan di Negeri Sabah.

“Parti ini akan menjadi wadah perjuangan untuk rakyat Sabah berdasarkan nilai geo-politik yang selaras dengan keinginan dan aspirasi rakyat Sabah yang mahukan perubahan dalam pelbagai aspek politik seperti ketelusan, integriti dan kepedulian terhadap nasib rakyat Sabah.

“Seperti yang Ketua Menteri Presiden Parti, Datuk Seri Hajiji Noor sering katakan, “rumah kita, kita jaga,” yakinlah dengan parti ini.

“Oleh itu, saya menggesa semua ahli-ahli Gagasan Rakyat Likas untuk memantapkan usaha bagi memperkukuhkan jentera parti dan meningkatkan bilangan ahli di setiap cawangan.

“Kita perlu memastikan GRS kekal menjadi tampuk pimpinan di Negeri Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui media selepas Mesyuarat Parti Gagasan Rakyat Sabah Bahagian Likas bagi Tahun 2024 di sini, hari ini.

Seramai 271 perwakilan terdiri daripada ketua bahagian, pemuda, wanita, beliawanis menghadiri mesyuarat itu.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Likas merangkap Pembantu Menteri Kewangan Sabah II, Tan Lee Fatt.

Menurut Mohammad Bahrin, persidangan kali kedua parti Gagasan Rakyat Bahagian Likas hari ini turut mendapat sambutan menggalakkan dari semua lapisan masyarakat.

“Gagasan Rakyat Bahagian Likas sudah berusia setahun dan tahun ini kita berkumpul dan bersidang untuk kali keduanya, ini adalah bukti Gagasan Rakyat yang kian menjadi pilihan rakyat Sabah untuk menyertai politik tempatan dan penerimaan masyarakat Sabah yang mempunyai pelbagai kaum dan agama dengan membawa suara rakyat Sabah.

“Ribuan terima kasih kepada Gagasan Rakyat Bahagian Likas dan sayap Pergerakan Wanita, Pemuda dan Beliawanis kerana telah berjaya mengadakan Mesyuarat Tahunan ini.

“Sesungguhnya, mesyuarat ini adalah penting kerana Gagasan Rakyat Likas sentiasa mempersiapkan diri untuk membantu Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum (PRU) Sabah yang akan datang,” tegasnya.

RELATED ARTICLES
Utama

518 kes pokok tumbang berlaku di Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular