HomeUtamaHari Kebangsaan, Hari Sabah wadah penyatuan rakyat

Hari Kebangsaan, Hari Sabah wadah penyatuan rakyat

Read Time:1 Minute, 9 Second

Tambunan: Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah yang bakal diraikan di negeri ini diharap mampu menjadi wadah penyatuan rakyat yang berbilang latar belakang.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata, pewartaan sambutan Hari Sabah pada 5 Jun yang lalu menunjukkan kesungguhan kerajaan mengangkat martabat negeri selain menjadi wadah penyatuan rakyat.

“Kita sekarang boleh meraikan sambutan Hari Sabah bersama-sama dengan Hari Kebangsaan dan mengangkat bendera negeri bersama-sama dengan Jalur Gemilang di seluruh Sabah.

“Pewartaan hari Sabah bukan perkara remeh-temeh, maka itu pertahankan usaha ini dan berbanggalah kita kerana kita dapat meraikan tarikh bersejarah ini secara bersama,” katanya.

Beliau berkata demkian ketika merasmikan Program Kembara Merdeka dan Kempen Kibar Bendera peringkat daerah Tambunan di Dewan Kampung Patau di sini.

Jeffrey berkata, tanggungjawab memartabat, memaju dan mengekalkan keharmonian dan perpaduan terletak pada bahu semua peringkat masyarakat.

“Saya percaya rakyat kita yang moden ini terutama sekali belia dan beliawanis yang mempunyai ilmu akan mempunyai keinginan untuk memastikan aspirasi kita mengekalkan kemerdekaan dapat diteruskan,” katanya.

Pada majlis itu, beliau turut membuat pelepasan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) Negeri Sabah 2024 yang meneruskan perjalanan ke daerah Keningau dan Sook yang diketuai Timbalan Pengarah Penerangan Sabah Supian Musa.

Hadir sama Pengarah Jabatan Perangkaan Sabah Muhammad Amri Idris, Pegawai Daerah Tambunan Sobitun Makajil dan Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Tambunan Rizal Maula.

RELATED ARTICLES
Utama

Pesta Tanglung, Hari Malaysia platform penting semarak semangat cinta negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular