HomeUtamaMasidi lancar projek naik taraf jalan menghubungkan 3 kampung di Ranau

Masidi lancar projek naik taraf jalan menghubungkan 3 kampung di Ranau

Read Time:1 Minute, 15 Second

RANAU: Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, hari ini melancarkan projek naik taraf jalan sepanjang 6 kilometer yang menghubungkan tiga kampung iaitu Kg Mohimboyon, Kg Lipantai dan Kg Pahu, disini.

Projek ini menaiktaraf jalan kerikil sedia ada kepada jalan berturap yang menghubungkan tiga kampung berkenaan.

Sebelum ini, jalan tersebut merupakan suatu cabaran bagi penduduk tempatan yang melalui jalan itu terutama semasa musim hujan apabila ia menjadi sangat licin dan berbahaya.

Masidi berkata projek yang bermula pada 25 Mac 2024 ini adalah projek menyeluruh melibatkan kerja-kerja tanah, pembinaan jambatan baru serta pembangunan sistem perparitan dan perlindungan cerun.

Selain itu, katanya, projek ini juga merangkumi pemasangan ciri-ciri kselamatan jalan untuk memastikan keselamatan dan keselesaan semua pengguna. Projek ini dijadualkan siap pada 24 Mac 2027.

“Projek ini adalah sangat penting untuk komuniti tempatan. Penaiktarafan ini bukan sekadar penambahbaikan infrastruktur tetapi merupakan langkah penting ke arah meningkatkan kualiti hidup penduduk Ranau.

“Jalan baru ini bukan sahaja akan menyediakan perjalanan yang lebih selamat untuk penduduk, tetapi juga akan memudahkan akses yang lebih cepat ke pasar, sekolah, dan perkhidmatan penting sekali gus meningkatkan peluang ekonomi bagi komuniti luar bandar,” kata Masidi sambil menambah jalan yang dinaiktaraf ini juga akan menjadi laluan alternatif ke bandar Ranau, terutama semasa kesesakan jalan.

“Ia mampu mengurangkan kesesakan dan memastikan aliran trafik yang lebih lancar di sekitar sekolah dan kawasan bandar,” ujarnya.

Turut hadir pada majlis itu pegawai kerajaan, pemimpin tempatan, dan ahli komuniti yang menyatakan sokongan kuat mereka terhadap projek ini dan manfaat yang dijanjikan untuk Ranau.

RELATED ARTICLES
Utama

Sambutan Hari Malaysia disifatkan bawa makna besar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular