HomeSukanSUKMA 2024 : Sabah tersingkir awal bola sepak lelaki dan futsal

SUKMA 2024 : Sabah tersingkir awal bola sepak lelaki dan futsal

Read Time:1 Minute, 12 Second

Kuching : Pasukan bola sepak dan futsal lelaki Sabah tersingkir awal selepas gagal melepasi saingan peringkat kumpulan masing-masing pada SUKMA Sarawak XXI.

Pasukan bola sepak lelaki yang hanya perlukan keputusan seri atau elakkan kalah lebih dari satu  gol, tersingkir apabila tumpas 2-0 ditangan juara bertahan Terengganu pada perlawanan terakhirnya yang berlangsung di Stadium Tun Zaidi, Miri semalam.

Ia malang buat skuad bimbingan Jelius Ating sebab mereka hanya tersingkir disebabkan perbezaan jaringan.

Sabah yang bersaing dalam Kumpulan B bersama Terengganu dan Johor mengumpul jumlah mata sama iaitu masing-masing tiga mata untuk kedudukan pasukan ditentukan menerusi perbezaan jaringan.

Perbezaan jaringan itu menyaksikan Sabah tersingkir kerana perbezaan jaringan mereka adalah negatif satu manakala Terengganu di tangga teratas dengan lebihan satu gol dan Johor di tempat kedua (kosong perbezaan jaringan).

Sebelum tewas di tangan Terengganu, Sabah menang 2-1 ke atas Johor manakala Johor menang 1-0 ke atas Terengganu.

Sambil itu, pasukan futsal lelaki Sabah juga gagal lepasi pusingan awal selepas kalah semua perlawanan untuk berada di kedudukan tercorot saingan  peringkat kumpulan membabitkan lima pasukan yang berlangsung di Kota Samarahan.

Nasib skuad bola sepak wanita pula akan ditentukan pada perlawanan terakhirnya dalam saingan Kumpulan A menentang pasukan tuan rumah Sarawak di Stadium Negeri, di sini esok. Sabah perlu elak kalah perlawanan itu untuk mara ke pusingan seterusnya.

Skuad bimbingan Petronella Douny itu seri 1-1 dengan Pahang pada perlawanan seebelum ini. Pahang pula tewaskan Sarawak 3-0. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Sabah sentiasa cakna terhadap pembangunan belia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular