HomeSukanUPM pertahan kejuaraan SUKUM

UPM pertahan kejuaraan SUKUM

Read Time:1 Minute, 18 Second

Kota Kinabalu : Universiti Putra Malaysia (UPM) mempertahankan kejuaraan Sukan Staf Universiti Awam Malaysia (SUKUM) kali ke-45 yang berakhir semalam.

Kejuaraan itu diraih selepas UPM berjaya membawa pulang 15 emas 16 perak dan 14 gangsa yang berlangsung di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Kontinjen UPM

Majlis penutupan SUKUM ke-45 disempurnakan Naib Canselor UMS Profesor Datuk Dr Kasim Mansor yang diwakili Pendaftar UMS merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana SUKUM ke-45 Luqman Ridha Anwar di Dewan Resital di sini.

Kontinjen USM

Naib johan kejohanan itu dimenangi Universiti Sains Malaysia (USM) yang bersama membawa pulang 15 emas; 10 perak dan 18 gangsa.

Tuan rumah UMS berjaya menduduki tangga ketiga dengan kutipan pingat sebanyak 14 emas; 14 perak dan 28 gangsa.

Kontinjen UMS

Terdahulu, dalam teks ucapan dibacakan Luqman, Kasim berkata, penglibatan dan sokongan padu yang diberikan menyaksikan kemeriahan SUKUM tercipta di UMS yang berakhir semalam.

“Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pengurus, jurulatih dan atlet yang berkampung di UMS.

“Penat lelah berlatih dan berjuang untuk membutirkan pingat dalam acara sukan yang disertai, pastinya menuntut disiplin yang tinggi untuk membentuk diri agar terus berjuang,” menurut Kasim.

Kasim turut menzahirkan rasa bangga atas semangat juang dan semangat kesukanan tinggi yang telah ditunjukkan oleh semua atlet bertanding sepanjang kejohanan berlangsung demi mengangkat nama dan maruah universiti masing-masing.

“Saya percaya, penyertaan dalam kejohanan SUKUM ini pastinya menghadirkan kegembiraan dan kesedihan demi mendapatkan kemenangan buat semua kontinjen yang bertanding,” katanya.

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) akan menjadi tuan rumah SUKUM kali ke-46 pada tahun 2026. – SABAH MEDIA / FOTO UMS

RELATED ARTICLES
Sukan

Piala Malaysia : Perlawanan ini sangat penting – Martin

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular