HomeUtama100 murid SK Pangi terima bantuan 'School Box' Maritim Malaysia

100 murid SK Pangi terima bantuan ‘School Box’ Maritim Malaysia

Read Time:1 Minute, 30 Second

Tenom: Seramai 100 murid dari Sekolah Kebangsaan (SK) Pangi di sini  menerima bantuan ‘School Box’ Maritim sumbangan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

School Box itu mengandungi perkakasan sekolah dan makanan ringan diserahkan ketika konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2024 singgah menyantuni masyarakat di Kampung Pangi.

Timbalan Pengarah Pengurusan APMM Wilayah Sabah, Siti Norhaini Osli berkata, pihaknya  mengambil peluang menyertai KMJG 2024 Negeri Sabah untuk memberi pendedahan kepada masyarakat khususnya di kawasan pedalaman mengenai APMM disamping menyantuni mereka.

“Kami menyediakan bantuan dan kelengkapan sekolah dan ini adalah usaha bersama Kelab Kebajikan dan Sukan Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan (KESMAR).

“Penyertaan APMM dalam KMJG kali ini adalah untuk memperkenal dan menyebar luas peranan dan fungsi APMM di Sabah dan beri pendedahan kepada masyarakat pedalaman Sabah akan keselamatan laut dan kerjaya maritim di Sabah,” katanya.

Siti berkata demikian ketika ditemui media dalam siri KMJG selepas menyantuni masyarakat di Kampung Pangi Tenom dalam siri KMJG yang disertai oleh APMM semenjak hari pertama konvoi.

Katanya, dalam konvoi itu APMM berpeluang memberi pendedahan keselamatan perairan negara dan landskap baru kepada peluang kerjaya maritim.

“Di mana Sabah mempunyai perairan laut paling luas di Malaysia lebih 18,000 km persegi dengan kekuatan 1,102 orang anggota di tujuh zon maritim dan kekuatan aset 89 buah kapal dan bot.

“KESMAR merupakan kelab Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia yang memfokuskan hal kebajikan dan sosial sukan anggota bersama aktiviti sosial komuniti di Sabah dan Labuan.

“Pemilihan lokasi KMJG tahun ini julung kali disertai oleh APMM dan bagi hentian perairan di Sandakan nanti, dan kami tidak mahu ketinggalan menyantuni penduduk di pedalaman Sabah bagi menyebar luas fungsi dan peranan APMM ke seluruh pelusuk negeri ini,” katanya.

KMJG 2024 menyaksikan penglibatan APMM dalam kembara mengelilingi Sabah disamping mengambil peluang menyebarluaskan fungsi APMM kepada masyarakat di negeri ini.

RELATED ARTICLES
Utama

518 kes pokok tumbang berlaku di Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular