HomeSukanHajiji lawat atlet berbasikal Akmal Thagif Begurdi yang cedera

Hajiji lawat atlet berbasikal Akmal Thagif Begurdi yang cedera

Read Time:1 Minute, 12 Second

Kuching: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor meluangkan masa melawat atlit berbasikal Sabah, Akmal Thaqif Begurdy yang mengalami kecederaan semasa menyertai Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024 di Riversite Majestic Hotel di sini semalam.

Beliau diiringi oleh Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Ellron Angin dan Pembantu Menterinya, Datuk Fairuz Renddan, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Safar Untong dan Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan Sabah, Datuk Mansur Asun yang juga `Chief De’ Mission’ Sabah.

Akmal, 17 dari Tawau mengalami kecederaan semasa menyertai acara lepas beramai- ramai kategori perseorang dan berpasukan di Lebuhraya Pehin Sri Adenan Satem pada 15 Ogos lalu.

Hajiji bersimpati dengan musibah yang menimpa Akmal dan mendoakannya agar cepat sembuh. 

Akmal kini ditemani oleh ibu bapanya di Kuching.

Kecederaan itu menyebabkan Akmal tidak dapat menyertai satu lagi acara yang sepatutnya beliau ambil bahagian iaitu perlumbaan berbasikal MTB.

Sementara itu Hajiji turut menghadiri upacara perasmian SUKMA XXI Sarawak 2024 di Stadium Sarawak, Petra Jaya.

Beliau menggesa kontinjen Sabah yang beraksi di SUKMA Sarawak melakukan yang terbaik bagi mencapai sasaran 40 pingat emas.

Hajiji yakin pasukan Sabah mampu mencapai sasaran yang ditetapkan tahun ini dan mahu atlit negeri berjuang sepenuh tenaga dengan semangat kesukanan yang tinggi untuk mengharumkan nama Sabah.

Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar merasmikan temasya sukan itu yang diadakan dengan penuh warna warni yang memaparkan keunikan budaya dan identiti bumi kenyalang yang beraneka ragam. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

34 pasukan jayakan Kejohanan Sepak Takraw Tertutup Kuala Penyu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular